08 July 2007

7 Julai 2007 - Tangki Air Revisit Pagi tadi saya revisit tangki air setelah mendapat maklumat bahawa tangki air telah di "test" oleh pemaju dan telah menerima lawatan pemeriksaan dari pihak berwajib. Di lihat dari keadaan tangki hari ini, memang keadaan sekeliling jauh berbeza dari keadaan terdahulu (22/4). Pagar tengah di pasang.
Pressure control equipment dah di pasang (relative to 22/4 - tak taulah saya berapa lama dah bende tuh ade kat situ .... tapi baru pasang laa......). Longkang perimeter dah di buat
Yang pasti, tangki air dah berisi - masa visit 22/4 dulu meter isipadu air menunjuk ke sifar.
Harapan saya... macam teman-teman pembeli yang lain jugak.. nak cepat rumah dan prasarana siap untuk di diami.
Salam

30 May 2007

Update 24 May 2007 - Papan Tanda

Khamis lepas (24/5) saya naik site, nama jalan yang proper dah di pasang
Nama kawasan perumahan pun dah ade - siap poskod sekali
Selamat menatap Sekian

03 May 2007

Menujah II - pada 2nd May 2007

Lagi email dari rakan pembeli rumah



Pagi tadi saya menujah ke Desa Gemilang (heh hee… amik intro sdr Dzulhafiz)



Sedikit update

Sambungan letrik dah di pasang ke blok rumah (Blok A, B, C, D, E, F, G, J, M & Q ), Blok H&K dah pasang separuh blok. Tapi blok N, O, P, R, S & T belum ade pemasangan lagi.

Meter letrik belum ade lagik di semua blok. Meter air pun belum ade.

Syabas sedang lakukan kerja di paip sambungan naik ke taman (dekat pondok pengawal) – saya tak pegi borak plak dengan dia orang, nampak diaorang sibuk jer bekerja.

Kerja mengaecat batu jalan pun dah mula (tah betul ke term yang saya pakai – alaa…. batu hitam putih kat tepi pavement tuh)

Sekian – selamat bercuti

28 April 2007

Semalam aku dapat email dari yahoogroups Dgemilang bertajuk 'Site Visit @ 26/4/07 @ 2.30pm'. Tak ada yg rahsia sangat tentang email ni. So, aku rasa bolehlah aku copy dan paste masuk blog tanpa persetujuan sesiapa. Dapatlah orang2 yg tak dapat nak pegi site bayangkan serba sedikit tentang keadaan sekarang ni.Emailnya berbunyi macam ni:

Assalamualaikum wbt

Semalam, ahad sy sj pergi menujah ke Desa Gemilang. Beberapa kemajuan telah di buat :

1. Sepanjang jalan dr persimpangan kubur ke Kg Sg Pusu telah diperbaiki/diturap tar. Lega tgk jln ke taman dah elok, kalo tidak berlubang dan berpasir.

2. Blok G & H (Jalan DG/1) telah diberi no rumah.. bukan no lot, tetapi No rumah. Block yg lain saya tak pasti.

3. Jalan telah diturap semula di hadapan block N, L and O.. nampak cantik sbb jalan hitam dan tak berdebu dgn tanah. Harap kontractor akan turap 1 taman lepas ni.

4. Block I sedang dicat. Tangga belum dipasang lagi. Tandas sudah dipasang.

5. Lampu jalan dr kg sg pusu ke taman telah dipasang, harap jgn hilang atau kene curi lampu jalan tu.

6. Overall tgk keadaan taman lebih kemas, brg2 construction dah tak byk di dlm taman.

Rasanye itu saja kot.

Thanks.

27 April 2007

References to "Nailing Systems"

Aku dok cari dalam web tadi apa dia "nailing system". Complicated rupa-rupanya. Aku jumpa link ke beberapa websites pasal ni. Antaranya ialah simple explanation dia.[click sini]Atau yg berbelit explanation dia. [click sini]

Mungkin yg MB maksudkan tu caranya lain. Entahlah. Sekarang aku boleh imagine pakai tukul yg teramatlah besar dan paku yg terlalulah panjang. Wallahu a'lam. Kalau betul la macam tu, elok aje pakai jentolak rendahkan bukit tu. Lagi cepat dan murah. Anyway, aku bukanlah expert. Biarlah engineer buat kerja. Semoga semuanya ok dan kita dapat kunci dan rumah ok.

Semua ok!

22 April 2007

22 April 2007 - Lampu Jalan

Nih untuk teman2 yang takde chance nak lawat kawasan perumahan. Kalau ade dengar cerita yang tiang lampu dah pasang - ni lah buktinye, saya postkan dua tiga gambar. Lampu2 jalan takdelah jauh sangat jaraknye - takde lah gelap sangat kawasan rumah kita nanti. Saya lupa plak nak tengok betul2 kalau sambungan letrik telah di buat ke blok rumah. Tapi meter letrik confirm belum ade. Meter air pun confirm belum ade. Tiang lampu kat blok Q & R - dekat rumah saye la tuh Dekat blok G & H pulak
Jalan mula2 masuk ke kawasan perumahan - depan Blok E
Nih jalan naik (atau jalan turun)
OK - saya dah nak balik dah mase ambik gambar last nih.

22 April 2007 - Pemandangan Dari Atas Cerun Sensasi

Lagi halwa mata Teman2 - harap tatap gambar nih lama2 - letih saya panjat nih, biar lah berbaloi yek.... ape ape hal pun.. saya dah tak payah exercise dah sampai hujung minggu depan. Kita mula dari hujung blok T & Fasa 2
Toleh kiri sikit Toleh kiri lagi Toleh kiri lagi - sampai hujung Blok Q - kira habis lah tuh. Cantik jugak pemandangan kawasan rumah kita nih.

22 April 2007 - Tangki Air

Seperti yang di janjikan (walaupun lewat seminggu), saya sajikan halwa mata, walaupun topiknye tak seberapa - yelah tangki air la katakan Nih pandangan waktu mendaki ke tangki Haa.. ni dah nak sampai
Ni dia tangki air untukl kawasan perumahan kita, agak2 cukup tak?? Saya mandi pakai air banyak...