Assalamualaikum!
Progress sebelum ini ialah pada 1 Jan 2006 iaitu 4 bulan yg lalu. Kepada para pembeli yg singgah di blog ini utk mendapatkan maklumat terkini, saya mohon maaf kerana tidak dapat lagi memberikan maklumat yg lengkap kerana tidak lagi dibenarkan menaiki tapak projek. Walau bagaimana pun saya akan minta kebenaran dari pihak developer utk naik ke tapak projek sedikit masa lagi.
Di bawah ini ialah andaian progress berdasarkan maklumat dari pihak developer, pembeli yg lain dan juga masa borak-borak dgn pak guard.
Mengikut kata salah seorang pembeli yg menyaksikan progress pada 15 April 2006 (email pembeli tersebut terdapat dalam yahoogroups), selain dari 4 blok yg sedang dipasangkan rangka bumbung dan 2 blok lagi sedang disiapkan dinding tingkat 2, semua blok dah siap bahagian bumbung. Sebahagian jalan dah di taburkan dgn batu utk buat jalan tar. Longkang sudah hampir semuanya siap. So far, description pada pertengahan bulan April 2006 yg diberi oleh Wahida dari KOMAB sama dgn penerangan pembeli tersebut. Thanks bro!
The best description so far yg I ada ialah macam dalam table kat bawah ni. Sekarang ni (8 May 2006), tahap 1 sampai 4 mungkin dah siap. Tahap 5 sampai 7 masih belum siap sepenuhnya. Saya harap sesiapa yg naik ke site, boleh lah emailkan gambar terbaru ke sania2@yahoo.com dan kalau pihak developer nak email kan gambar terbaru pun apa salahnya. Bukan susah pun kalau nak email.
Anyway, hari sabtu lepas, sebelum pergi menonton MI3 kat KLCC, aku lepak kat pondok guard dan borak dgn salah seorang guard. Dia kata hari sebelum tu, satu lori bawak naik pagar. Dia tak tahu pulak pagar macam mana. Dia kata broker tanah dulu tu yg arrange kan pagar tu. Hopefully, dah start pasang pagar.
Encik Azman KOMAB pun tengah siapkan surat/ notis penyerahan kunci masa aku call hari sabtu 2 hari lepas (6 May 2006). Semoga semuanya OK. Nak cerita lebih lebih tak ada bukti gambar. Anyway, Encik Azman KOMAB promise nak bawak aku naik sedikit masa lagi. Mari kita doakan projek ini siap pada masanya dan bermutu. Amin....
Adios!
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
No comments:
Post a Comment