24 July 2006

Progress 24 Julai 2006

Assalamualaikum semua,

OK, sekarang cerita progress yg terbaru berdasarkan cerita pak guard kat site pada hari sabtu 22/7/06 dan cerita Wahida KOMAB semasa perbualan talifon pagi tadi 24/7/06.

Saya baru call Wahida KOMAB. Dia kata, semua blok dah complete melepa, cat, interior macam tingkap, lantai, tangga, toilet semua dah siap (macam 99% siap). So, kira kemasan dalam dah beres. Sekarang ni tengah nak siapkan luaran macam longkang dan pagar.

Bab jalan pulak, Wahida KOMAB cakap semua jalan kat atas (blok) dah ditabur batu. Ini sama seperti cerita Pak Guard. Kata Wahida, bila habis tabur batu putih tu, tinggal tar shj lagi (2 lapis tar).

Semalam bila saya tengok dari pondok pak guard, longkang kanan dah simen dah sampai bawah. Longkang kiri sikit lagi nak simen sampai bawah. Batu dah ditabur separuh dah kat jalan naik site tu (tak sampai bawah lagi). Kata Wahida, tiang lampu pun akan siap sebelum 19/8.

Pada 19/8 tu kita semua kena pergi ofis KOMAB dan lepas tu diberi kunci dan boleh naik site. Mengikut kata Wahida, ni adalah temporary CF. So, begitulah kira2nya. CF yg betul, 2 bulan lagi baru dapat.

Kita tengoklah result nya tak sampai 4 minggu lagi!

1 comment:

Anonymous said...

Pagi ni, mengikut kata orang KOMAB, desa gemilang ni sampai Fasa 8. Mereka
> dok tengah prepare 'launching' Fasa 3.
>
> Mengikut kata orang KOMAB, utk Fasa 1, memang tinggal jalan dan parit
> (infra) aje nak disiapkan.
>
> Mengikut kata orang KOMAB, projek siap ditunda lagi sampai bulan 10. So,
> betul la apa yg sorang consultant kat site tu cakap awal tahun ni, Jan
> 2006, paling awal pun bulan 10 tahun ni baru boleh siap. Dan confirm oleh
> pak guard yg borak dgn salah seorang contractor bulan lepas. Contractor tu
> cakap kat pak guard, bulan 10 baru siap.
> So, permainan men'delay'kan status projek ni nampaknya macam diberikan oleh
> management kpd department sales & finance KOMAB lah supaya sejuk sikit hati
> pembeli. This is not an accusation. This is based on circumstantial
> evidence (macam CSI pulak). Agaknya dah dirancang dari awal siap bulan 10.
> Dan, kalau ada buyer nak bising sampai MB sekali pun, by the time MB nak
> bukak mulut, projek dah siap.
>
> Anyway, syabas juga diucapkan kpd KOMAB kerana tidak meng'terbengkalai'kan
> projek. Cuma diharapkan, Fasa2 yg lain cepat siap supaya boleh buat
> 'neighbourhood watch' ramai2.
>
> Mengikut kata orang KOMAB, surat tengah dibuat utk memanggil pembeli ke
> pejabat KOMAB dan dibawa dgn bas ke tapak projek utk pembeli sendiri
> melihat/menilai rumah. So, 19 August 2006. Tapi, penyerahan kunci masih
> belum dapat dilakukan. Jumpa disana!!!