Assalamualaikum,
Sekarang ni taman ini dah ceria lah jugak dgn riuh rendah tawa hilai penghuninya. Hilaian yg pelik-pelik tu tak de la dengar lagi. Nauzubillah.
Kereta pun dah banyak kat area taman. Gambar di bawah ni diambil pada hari bekerja. Kalau weekend, lagi banyak kereta-kereta di taman ini. Ni baru dalam berapa percent aje yg dah masuk.
Alhamdulillah. Doa-doa kami termakbul untuk menjadikan taman ini makmur. Amin.
16 January 2008
Desa Gemilang yang dah 'hidup'!
Lubang berbunyi
Assalamualaikum,
Apa yang korang fikir tu?
Hari Isnin dan Selasa minggu ni, saya banyak habis masa kat Desa Gemilang dok monitor pembaik pulihan rumah. Pagi, tengahari, petang mesti singgah tengok progress.
Yang tukang repair tu Roy namanya. Nama penuh dia Azroy kot. Kahakahahha.
Anyway, time tengahari tu bila sampai kat rumah, dengar orang dok ketuk dinding. Mana datang bunyinye nih? Laa..rupa-rupanya tengah duk repair paip kat dlm bumbung porch tu. Ni ha lubangnya.
Blog Fasa 2 Desa Gemilang
Assalamualaikum,
Melalui ruang komen baru saya tahu ada blog utk fasa 2. Ini dia blog nya:
http://desagemilangfasa2.blogspot.com
Semoga group Fasa 2 berjaya didalam perjuangan mereka.
14 January 2008
SURAU
Ini adalah email terbaru di dalam yahoogroups dgemilang. Marilah semua memakmurkan surau kita. Terima kasih kpd Jawatankuasa Penaja Surau (Sementara) Desa Gemilang!
________________________________________
Assalamualaikum,
Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pemikiran, tenaga,
harta, dan sebagainya untuk membangunkan Surau Desa Gemilang, bolehlah hubungi
kami:
Al Fadhil Ustaz Dr. Abdul Barri, 013 380 6489 (25, Jalan DG 1/6) [Penggerak
utama]
En. Suhaimi Mhd Sarif, 013 318 3803 (14, Jalan DG 1/6)
Setakat ni, Al-Fadhil Ustaz Dr. Fikri, telah sudi membenarkan rumahnya
(berhampiran rumah contoh Desa Gemilang) untuk dijadikan surau sementara. Secara
rasminya surau sementara ini akan beroperasi hari ahad datang 20/1/08, Insya
Allah.
Sekian.
Suhaimi Mhd Sarif
Setiausaha
Jawatankuasa Penaja Surau (Sementara) Desa Gemilang
07 January 2008
Harga Rumah & Harga Sewa ("VALUATION")
Assalamualaikum semua,
Baru-baru ini terdapat perbincangan didalam yahoogroups tentang harga rumah dan harga sewa.
Saya tak mahu menyatakan berapa harga tertinggi atau terendah. Cuma apa yg saya mahu nyatakan ialah jika terdapat valuer yg letak harga tertentu ialah belum tentu lagi harga yg ideal.
Secara profesional, saya ingin menyatakan bahawa didalam 'valuation' sesuatu aset seperti rumah, ekuiti (saham) atau syarikat terdapat berbagai 'method'. Dan, apabila harga atau nilai telah diperolehi melalui perkiraan-perkiraan tertentu, ia adalah 'base case'. Dari base case, analisa 'high' dan 'low scenario' boleh dikira atau kadang-kadang diagakkan.
Harga boleh berbeza-beza bukan shj dari segi rumah itu sahaja. Bahkan, seribu satu perkara lagi termasuklah infra, pengangkutan dll utk masa sekarang, 'expectation' di masa depan, 5 tahun, 10 tahun lagi etc.
Setakat ini, harga sebenar transaksi yg telah berlaku boleh dijadikan sebagai ukuran. Mungkin dah ada harga sebenar traksaksi yg dlm lingkungan RM250 ribu, maka itulah yg boleh kita jadikan ukuran sebagai 'base case'.
All the best dlm urusan jual beli!!
-Moderator
SELAMAT DATANG!
Assalamualaikum,
Selamat Datang! Kepada penduduk-penduduk (ahli mukim) Taman Desa Gemilang.
Saya mulakan diari ini dgn selamat datang bukan shj kpd semua kawan-kawan di Taman Desa gemilang tetapi juga kpd 2008.
Satu perkara (selain dari nak betulkan 'paip air' dan bermacam 'defect' lagi) ialah kebanyakan dari kita saya rasa dalam lingkungan 30an dan anak-anak sedang dlm peringkat pembesaran umur 1 ke 10 tahun sebab petang-petang, ramai jugak budak-budak kecil bermain-main diluar rumah. 'Environment' yg baik utk mereka kerana dikelilingi kehijauan.
Inilah entry pertama saya untuk tahun 2008 ini. Semoga segalanya nanti berjalan lancar. Dan, apa-apa perjuangan akan diberkati Allah.
wassalam.
Yg benar,
'Moderator'
09 October 2007
METER AIR
Assalamualaikum,
Apa khabar semua ahli Dgemilang? Semalam saya berkesempatan naik ke Desa Gemilang selepas balik dari kerja dan sebelum pergi cari tempat berbuka puasa. Saya pusing satu taman dan hanya blok A, B, C dan D sahaja yang baru siap dipasangkan meter air. Itupun ada satu unit yg dari blok-blok tersebut yg masih tidak bermeter air.
Saya paparkan di bawah ini sekarang gambar pertama iaitu gambar keseluruhan paip air luar rumah dan meter air.
Dari gambar itu, kita boleh lihat tertera perkataan 'METER PLASTIK'. Ada dua bahagian kecil lain yg bersambung dgn meter air; satu kepala paip dan satu lagi entah apa.
Di dalam gambar secara dekat ini, tertera perkataan 'SYABAS' pada penutup berwarna hitam.
Apabila penutup dibuka, tertera nombor siri meter air dalam tulisan putih yang berakhir dgn nombor 16. Setiap rumah akan mendapat meter dengan nombor siri masing-masing. Contohnya, gambar dibawah menunjukkan meter air jiran yang berakhir dgn nombor 17.
Itulah serba sedikit cerita meter air. Sekarang ini persoalan yang bermain dibenak saya ialah jika dalam masa 2 hari baru siap dipasang pada 4 blok (1 hari 2 blok), bolehkah siap sebelum raya?
Cikgu-cikgu sekolah bolehlah merangka soalan berdasarkan cerita meter air ini.
Soalan: Terdapat 20 blok yang perlu dipasangkan meter air. Jika 4 blok dipasang dalam masa 2 hari, berapa harikah diperlukan untuk kesemua 20 blok siap dipasangkan meter air?
Jawapan:
(A) 10 hari.
(B) 10 hari selepas hari raya
(C) 10 hari selepas rundingan selepas raya
(D) 10 hari selepas siap rumah fasa 2.
Rgds,
Sani


