Aku on the way balik dari ofis hari Jumaat. Trafik sesak sikit kat tol Subang, so tangan aku pun gatal nak call mana2 staff KOMAB yg bernasib baik. Lebih kurang macam nilah perbualannya.
Aku: Hello! Rosli!
Rosli: Hello! Tak dengar...
Aku: Hello! Rosli (Sambil betulkan HP moto aku dlm poket baju. Susah jugak tak pakai blue tooth ni. Pakai speaker aje)
Rosli: Ya! Siapa ni?
Aku: Saya XYZ.
Rosli: Ooo. En XYZ.
Aku: Sori la call time ni dah lepas office hour.
Rosli: Eh tak pe.
Aku: Saya nak tahu esok you naik site tak sebab saya nak tumpang.
Rosli: Sekarang ni kami naik site pada hari kerja aje.
Aku: Progress macam mana sebab dah lebih kurang tiga empat minggu dah saya tak gi jenguk. Main Con kedua macam mana? Kerja jalan. (Hoohohhhh stupid Q, zuddddddd... cermin kereta aku turunkan, amik toll punya kertas sekeping tu.)
Rosli: Progress ok. Kerja jalan.
Aku: OK lah rosli. Saya nak tahu tu aje. Terima kasih.
Rosli: Sama-sama.
Hehehe..macamla aku nak pegi panjat jalan naik ke site. Esok aku nak ke Cameron Highland menghirup udara segar. Chiow!
Oh ye! Kepada sesiapa yang ada gambar terbaru projek Desa Gemilang, silalah hiburkan hati saya dgn meng email kan gambar-gambar tersebut ke sania2@yahoo.com. Pleaseeeeeeee. Saya busy sekarang weekdays dan weekend. Tak sempat nak melawat Desa Gemilang.
Thanks in advance!
No comments:
Post a Comment