Dah lama aku tak blog ni. Rindu pulak rasanya kat blog aku ni. Kepada semua umat Islam yang singgah di blog aku ni, Selamat Berpuasa! Hari ni aku nak cerita tentang hal borak-borak aku dgn Zai (Kalau tak silap seminggu sebelum bermulanya puasa).
Kebetulan aku cuti pada hari kerja tu. Dan Rosli pun dah cakap yg diaorang hanya bawak orang naik site pada hari kerja sahaja. Jadi, aku pun pergilah ke pejabat KOMAB nak jumpa sapa yg free utk borak-borak.
Masa aku sampai nak parking kereta, terkejut aku bila toleh kearah pejabat KOMAB sebab depan dia dah lain. 'Dah pindah ke diaorang'. Rupa-rupanya, tengah renovation ofis KOMAB ni.
Bila aku masuk ke dalam ruang pejabat tingkat bawah tu, suasana dah lain. Tinggal sikit lagi nak habiskan renovation, katanya Zai. Barulah nampak macam korporat macam ni. Orang lain tak de. Yg ada kat depan tu, Zai sahaja. Lepas tu nampaklah Encik Zul. Aku malas nak kacau dia sebab nampak busy aje. So, borak panjanglah aku dgn Zai.
Aku dah tak ingat apa secara detail apa yg aku borak dgn Zai. Pertama, dah berminggu lepas aku borak. Kedua, banyak sangat cerita. Jadi, ringkaskanlah apa yang aku ingat.
1- Projek lain berhampiran Desa Gemilang.
Aku ada cerita sebelum ni yg masa aku borak dgn Sarimah, dia ada cerita tentang satu projek yg bukak promotion booth depan Ong Tai Kim. Tak tahulah apa nama projek tu. Lepas tu, Zai pulak bukak cerita yg tu sebenarnya macam bogus developer. Kata Zai, satu hari Rosli dok jaga booth kat Carrefour. Lepas tu datang sorang mamat ni tanya pasal projek Desa Gemilang. Dia kata dia dah beli satu rumah kat area projek desa gemilang tu tapi nama projek dia lain. Dia kata dia dah bayar deposit 10% dah kat developer yg bukak booth depan Ong Tai Kim tu. Dan gambar yg bogus developer tu tunjuk sebijik macam gambar rumah desa gemilang. Mamat tu kata dia dah naik sendiri ke tapak projek tu. Terkejutlah mamat ni sebab Rosli kata tak de projek rumah teres lain lagi dah kat area tu melainkan desa gemilang. Siap gaduh-gaduh lagi dgn Rosli. Mamat tu kata Rosli penipu la apa. Ye la. Sapa tak naik angin sebab dah keluar duit. Kesian….Moral of the story, check dulu dgn pihak berkuasa tentang development atau projek perumahan sebelum membayar duit deposit.
2- Gambar-gambar baru blok rumah akan ditampalkan di dinding pejabat KOMAB
Ruang depan KOMAB tu tak habis lagi renovation dia masa aku pegi lepak2. Zai cakap bila dah siap nanti, gambar2 terbaru desa gemilang akan di tampal di dinding. So, tak payahlah ‘buyers’ pegi naik site.
Aku harap gambar2 ditukarkan setiap bulan.
Itulah sahaja 2 perkara yg aku ingat.
Selamat Berpuasa!
No comments:
Post a Comment