06 September 2005

Tinjauan 4 Sept 2005 - Borak dgn Pekerja Indon

Aku sampai kat area depan Blok O (antara Blok O dan I) sambil mata dok usha kat kawasan keliling kot-kot ada possible danger. Ada mamat 2 orang nih. Pekerja Indon dok berjalan-jalan. Sampai dekat 5 meter dari aku diaorang tegur aku.

Pekerja 1: “Selamat siang”

Aku: “Selamat Sore”. Aku lihat kedua-dua pekerja Indon yang berpakaian kemas itu tersenyum.

Aku: “Siang sama dengan sore kan?” Sahaja aku mahu menguji penguasaan bahasa aku.

Pekerja 1: “Ya betul pak.”

Aku: “Saya tahu perkataan Indonesia sedikit sahaja.”

Pekerja 1 dan 2 hanya tersenyum.

Aku: “Dahulu, saya pernah menonton cerita lakonan Lidya Kandau dan Rano Karno. Sekarang ini yang popular itu Sheila On 7” (Keh keh keh…lupa aku nak guna perkataan ‘ngetop’)

Aku: “Kamu berdua kerja di sini?”

Pekerja 1 dan 2: “Ye pak.”

Pekerja 1: “Tapi, sudah satu bulan kami tidak buat apa-apa. Sudah satu bulan juga gaji tidak dibayar.”

Aku: “Ngapain jadi begini?” (Chewahhh! Indon tu sure gelak dalam hati).

Pekerja 1: “Sudah sebulan kontraktor India itu tidak membayar gaji kerna tidak ada kerja yang bisa dilakukan.”

Aku: “Kenapa tidak ada kerja?”

Pekerja 1: “Batu-bata tidak ada.”

Aku memang dah agak dah. Sebelum ni aku dah dengar dari mulut staff Main Con India ni yang duit mereka bagi kat sorang sub-con Melayu sebanyak RM200,000 utk beli batu-bata konkrit tu hangus dan hilang bersama-sama dgn sub-con Melayu sorang ni. Kalau betulla ceritanya tu memang aku sumpah masuk neraka. Kalau dia nak mintak maaf, kena mintak maaf dgn semua pembeli. Kalau betulla cerita ni, Main Con India tu 'mangkuk' jugak. Kenapa tak bagi aje banker's cheque ke apa ke. Kan banyak facilities kat bank.

Lepas tu aku tanya dah makan ke belum kat pekerja tu.

Pekerja 2: Belum pak.

Aku: “Biasa makan apa?”

Pekerja 2: “Singkong.”

Aku: “Sayur kangkong?”

Pekerja 2: “Bukan pak. Singkong itu .. pucuk ubi….ambil dari hutan…kadang-kadang ada orang kampong yg berikan…"

Aku pun seluk-seluk kocek seluar aku dan bagi seringgit sorang. Itupun yg ada dlm poket aku. Kalau aku naik site, tak pernah aku bawak beg duit sekali.

Lepas tu banyak lagi yg aku tanya. Antaranya ialah batu tu berat ke tak (heheh memanglah beratkan). Katanya pekerja yg bernama hairi (orang Kristen pak, kata hairi), empat pekerja diperlukan utk meletakkan batu konkrit bila dah sampai level tinggi. Dua orang kat bawah. Dan dua orang kat atas. Katanya lagi, 4 bulan boleh siap semua kalau ada batu-bata konkrit. Sekarang ni konkrit tak cukup.

Sekian. Terima Kasih. Itulah dia cerita pendek aku.

Sekarang ni pulak bahagian analisa aku:

Aku rasa konkrit tak de sebab Main Con India tu dah tak de duit. Yelah sampai RM200,000 kena songlap dgn Melayu bodoh tu. Tu pun kalu cerita staff Main Con tu betulla. Kalau tak betul pun, aku rasa memang sebab mismanagement Main Con ni. Apa lagi resource yg tak ada? Pekerja ada, knowledge nak buat rumah ada, batu konkrit aje tak ada. Nak benda tu kena pakai duit. So, duit lah yg tak ada.

Aku rasa, tindakan melantik Main Con kedua memang tepat. Dan lebih tepat lagi kalau dibuat berbulan dahulu lagi.

Itu ajelah komen tak professional aku. Mari kita doakan semoga Main Con kedua ni cekap dan cepat. Aminnnn.

Image hosted by Photobucket.com

2 comments:

Anonymous said...

Inilah yang berlaku pada projek Alam Perdana iaitu sebelah Puncak Alam.. hingga sekarang kami menubuhkan persatuan penduduk Alam Perdana untuk meneliti sebarang perkembangan projek rumah kami yang terbengkalai

Anonymous said...

Thanks for the info.

Saya tak pasti macammana sebenarnya 'facts of the case' projek Alam Perdana.

Tetapi, utk projek Desa Gemilang, developer sudah mengambil tindakan yg betul dgn melantik Main Con kedua. Itu sudah cukup dan memadai bagi saya asalkan rumah siap akhir tahun ini dan bagi pembeli, yg sepatutnya mengikut kontrak rumah mereka sepatutnya siap bulan 8, mereka mendapat bayaran pampasan.

Tindakan developer yg melantik main con kedua cina tersebut menunjukkan keadaan adalah terkawal. Cuma main con pertama india shj yg bengap.