05 September 2005

Tinjauan 4 September 2005

Aku sebenarnya target sebelum ni nak tinjau progress projek Desa Gemilang setakat sebulan sekali aje la. Tak banyak paedah pun kalau aku pegi tengok tiap tiap minggu. Tapi, disebabkan perkembangan terbaru yg Main Con pertama India ni dah buat hal tak dapat nak siapkan projek sebelum akhir tahun, aku terpaksa la pergi tinjau seminggu sekali.

Ni kira summary tinjauan aku pada 4 hari bulan Ogos 2005, hari ahad.

1- Aku kena tahan dgn pak guard (budak2 kampung) sebab diaorang kata aku tak de kebenaran. Satu panggilan telefon dgn encik Azman dan settle. No worries ok sebab aku paham apa itu konsep properties dalam undang2.

Encik Azman call aku balik bila aku dah sampai kat atas yg dia ingatkan aku tadi orang Dato’ Fuad, projek sebelah. Encik Azman kata Main con kedua akan start hari isnin atau selasa minggu depan. Dia kata main con kedua ni ialah orang bawah main con cina utk Fasa 2. (Perghhh... kaya mamat cina ni, fasa 2, kontrak jalan, fasa 1 pulak sekarang.) Mengikut kata staff KOMAB yg aku pegi jumpa pada 29/8/05, KOMAB dah offer kat main con cina fasa 2 utk tolong habiskan fasa 1, tapi dia cakap dia tak nak sambung kerja orang. (So, aku rasa, mungkin sebab tulah dia suruh kroni dia kot.)

2- Naik site dan confirm yg kerja dah sebulan tak jalan.

3- Aku borak dgn pekerja indon 2 orang. Confirm main con pertama India tu tak buat kerja selama sebulan dah. Dan pekerja dah sebulan dok melepak.

4- Pekerja Indon 2 orang yg aku kenal tu kata boleh siap dalam masa 4 bulan kalau main con sungguh-sungguh.

5- Tangki air dah sampai 2/3 dinding telah dipasang.

OK lah, Nanti aku blog panjang pasal ni semua.

Yang pastinya Main Con India ni memang tak cekap. Main Con Cina yg buat Fasa 2 tu laju aje. Huh... aku akan naik site sekali lagi selepas aku dah confirm dgn Developer dah progress banyak ke belum. Mungkin sebulan lagilah baru aku naik. Ada hal sikit weekend2 yg mendatang nih.

Bye...

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. whoa! Dah lama tak bukak blog ni rupanya mcm2 cerita baru.. yg tak best psl dh sebulan kerja x jln tu.. hopefully main con baru ni buat sungguh2.. ermm, ada siapa2 dengar apa2 berita psl compensation yg kata nk bg after august ari tu?

Anonymous said...

Pasal compensation tu, tak dengar cerita apa-apa lagi. Cuma hari tu Encik Azman cakap yg sesapa kalau ikut kontrak patut dah lebih 3 tahun pada bulan Ogos atau sepatutnya dah siap pada bulan Ogos kalau ikut kontrak, akan diberi pampasan. Kira-kiranya kalau siap akhir tahun, dapatlah 4 bulan pampasan. Macam aku ni, tak dapat lah sebab aku sain kontrak baru kurang dari setahun.