18 January 2005

Site Progress and Pics 18 Dec 2004

Aku sampai di hujung kampung Sg. Pusu lebih kurang pukul 10:30 pagi. Waktu tu dah ada beberapa orang pembeli unit apartment Fasa 2 sedang menunggu di situ. Nampaknya mereka sedang hangat berbincang. Rupa-rupanya pemaju tidak dapat membawa mereka naik ke atas kerana hari itu kenderaan berat menggunakan laluan tersebut.

Aku sampai di hujung kampung Sg. Pusu lebih kurang pukul 10:30 pagi. Waktu tu dah ada beberapa orang pembeli unit apartment Fasa 2 sedang menunggu di situ. Nampaknya mereka sedang hangat berbincang. Rupa-rupanya pemaju tidak dapat membawa mereka naik ke atas kerana hari itu kenderaan berat menggunakan laluan tersebut.

Gambar 1 (18/12/04)

Beberapa pembeli sedang hangat berbincang. 'Naik Atau Tak Naik'

Kalau pemaju nak layan semua pembeli, aku rasa tak terlayan. Baik pemaju 'concentrate' buat rumah dan apartment tu. Nanti, tak siap pulak. Pembeli pula, eloklah 'confirm' sekali lagi sehari atau pagi tu dgn pemaju samada pemaju boleh provide kenderaan 4-wheel drive utk naik ke atas. Pemaju pula mungkin boleh 'set'kan tarikh 'in advance' atau buat booking system sebab kalau suruh semua pembeli datang tunggu kat bawah site tu, ada dua kemungkinan. Satu, takut ramai sangat yg datang. Nanti tak terlayan. Kedua, takut kalau tak jadi, tak le ramai yg sakit hati.

Aku pulak. Ambik risk sendiri. Pakai kaki panjat aje jalan tu. Tak payah nak susahkan pemaju dan boleh exercise' sikit. Dah lama jugak tak jogging. Sekarang dah ade geng. OK la sikit. Tak de la boring. Tapi, dinasihatkan berhati-hati kerana tebing jalan tu mungkin runtuh. Orang kata malang tak berbau.

Kalau pandai, geng aje dgn Kandasama ke sapa-sapa ke dari Contractor yg buat rumah tu. Naik aje 4-wheel drive dia orang (tu pun kalau korang pandai cakap Tamil la.. muahahahah!!).

Gambar-gambar dari tapak projek (18/12/04)

Ini adalah pemandangan mula mula sekali bila aku sampai kat atas. Kalau kita rujuk plan, jentolak tu di sebelah blok C. Barisan rumah yg dah hampir siap dua tingkat tu ialah Blok G. Blok yang dah hampir siap 2 tingkat ialah Blok-blok G, H, J dan K. Blok-blok yang lain baru sahaja siap tapaknya kecuali Blok E dan F. E dan F mungkin belum dibuat lagi agaknya kerana dua tiga minggu selepas raya, hujan lebat betul sepanjang hari. Alhamdulillah, hujan dah reda. Cuma di Pantai Timur (Kelantan, Trengganu dan Pahang) sahaja yg banjir.

Agaknya, masa hujan, kontraktor cuma dapat buat sikit aje kerja spt ikat dinding shj.

Sekarang dah bukan musim hujan. Jadi, harapnya kerja berjalan lancar.

Di sebelah kiri jentolak tu ialah bingkai-bingkai pintu dan tingkap. Masa aku naik dua minggu lepas dan sebelum raya, benda-benda tu tak de pun. Maknanya, lepas ni atau 2 minggu lagi. Blok-blok A dan yg berdekatan akan naik setingkat agaknyalah.

Gambar kerja tanah di antara Blok A dan C. Aku tak pasti Blok B bersambung dgn Blok A atau tidak.

Gambar kerja tapak Blok E dan F. Gambar 'background' ialah Blok G yg dah naik 2 tingkat dan bukit yg dah di teres yg 'menghadap' Blok Q, R, S dan T.

Gambar kerja tanah Blok E dan F. Kesian... musim hujan dua tiga minggu sebelum ni. Dan, pemaju kata, tak di sangka yg banyak batu di kawasan Blok E dan F ni. Diaorang kena letupkan dulu batu-batu tu. Lepas tu longgok kat belakang tu. Boleh proses batu jadi simen tu. Ni kira produk sampingan kalau dlm 'manufacturing industry'

Gambar yg paling aku suka! Lorong antara Blok G dan J dan hujung sana, antara Blok H dan K. Sebelum raya, Blok J dan K baru aje naik setingkat. Itu sebelum musim hujan. Alhamdulillah sekarang Blok G, H, J dan K dah nak sampai bumbung macam Blok P yang cuma tinggal bumbung dan plaster dan 'accessory' lain.

Gambar bukit yg sudah di tereskan dan bahan-bahan binaan yg aku rasa utk Blok M, N, Q dan R. (Blok Q dan R menghadap bukit). Bukit ni pun banyak batu kat bawah dia. Dah teres tu nampak lawa la batu tu. Boleh buat aktiviti 'wall climbing' ni kat depan Blok R dan S.

Gambar dari jalan (kalau ikut plan jalan la). Gambar Blok Q yg paling hampir. Nun di hujung sana ialah Blok P yg dah siap., Cuma tinggal bumbung dan plaster dan beberapa kerja sampingan lain. Bangunan sebelah kanan hujung sana ialah quarters pekerja.

Gambar rumah tepi (corner lot) Blok G).

Gambar contoh concrete blok yg digunakan utk 'alternative method' pembinaan rumah. Kalau digunakan utk bahagian tiang, cerucuk besi akan dimasukkan ke dalam lubang (spt yg diberitahu oleh En. Azman. Thanks for the info). Ingatkan ada satu cara aje buat rumah. (Batu murah beb..! Nak buat macam mana. Memang dalam S&P macam tu).

Gambar dari ruang tamu menghala ke arah pintu.

Nak bergambar pulak mamat ni. Kasi can la yek. Ni gambar dari bilik sebelah dapur. Sorry, gelap. Diaorang reti yes, no, thank you aje. Yang dipikulnya tu ialah cerucuk besi.

Partner survey aku hari tu gelak aje bila worker india tu minta suruh ambik gambar. Gambar ni dari dalam bilik tidur kat dapur. Gambar ni menghala ke dapur. Boleh nampak dapur tu.

Ni gambar kat dapur. Bingkai pintu tu ialah pintu bilik air.

Ni gambar ruang tamu dari arah pintu utama. 'Shot' ni menghala ke pintu bilik tidur dan dapur.

"That's it. Too hot. It's almost 12 now. Chiow!"

'Shot' ni menghala ke arah jentolak tadi.

Bukit di belakang jentolak tu sedang di ratakan kot. Banyak lori angkut tanah turun.

Fuh! Letihnya. Kalau korang tak fit, tak payah la naik. Aku pun semput dibuatnya. Elok aje sampai dibawah, sebuah lori nak naik bawak 'supply of materials'. Macam bata buat rumah aje. Agaknya ni lah lori yg turun sebelum aku & partner survey naik tadi.

That's all blogging aku kali ini. Insya Allah. Nanti seminggu dua cerita lagi. Kalau nak derma ke bagi semangat ke komen ke nasihat ke, email la kat sania@yahoo.com

See Ya! Have a nice day!