08 December 2012

As Salam

Lama betul tak jenguk ke sini. First post selepas 4 tahun. Tuan blogger utama nampak agak sibuk dengan urusan moderating yahoogroups desagemilang yang saya amat amat jarang membantu semenjak dua tiga empat lima menjak ni.... Sesungguhnya penduduk DG patut bersyukur dengan ketabahan beliau yang semangat tak pernah luntur ...

Dengan kelapangan yang ada nih...tangan rasa gatal nak mengarang.....sambil menemani my other half yang tak berapa sihat.


Pekembangan terkini DG


Kutipan Tandatangan - Memorandum untuk dapat CF

Usaha PPDG untuk mendapatkan tandatangan ahli bagi menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor dan agensi kerajaan tempatan. E-mail makluman telah di hantar ke DG Yahoogroup oleh Timb. Pengerusi lewat malam tadi. Saya masih tak berkesempatan untuk mengusul pertanyaan lanjut. Apapun, saya gesa teman2 DG untuk sokong usaha murni PPDG. Sila hubungi wakil wakil blok tuan/puan secepat mungkin. Deadline 12.12.2012.


Taklimat Rukun Tetangga

Taklimat Rukun Tetangga akan diadakan pada 14.12.2012 (jam 9 mlm di SFAZ). Ini dah second attempt dari PPDG untuk wujud Rukun Tetangga DG. E-mail makluman dibuat 2 hari lepas. Saya rasa tak perlu cerita betapa berkeperluannya kita terhadap RT. Jom support.

On the side: Kalau PPDG succesful, kita boleh dapat perlepasan halfday leave the day after giliran berkawal (bagi geng yang kerja makan gaji)


Kuliah di SFAZ

Watch the space in DG yahoogroup. Makluman dibuat dari masa ke masa.
Kuliah Maghrib Khamis malam dan Kuliah Muslimat Sabtu selepas Asar is quite consistent. Saya harap saya tak missed out too much from the list. Ayway, look out for announcement di DG Yahoogroups.



Apapun, panjat syukur saya pada Allah SWT kerana DG ada barisan pejuang2 yang tabah berusaha tanpa mengenal erti penat lelah menghidupkan kemasyarakatan di sini. Teruskan usaha murni anda para AJK PPDG & SFAZ (dan juga mereka2 yang membantu dari belakang). Pohon maaf saya kerana jarang sekali turut serta dalam aktiviti, lagilah jarang kalau bab menghulur tenaga mahupun masa bilamana ada keperluan dari pihak tuan2.

Kepada semua, Lets come together to support (& critisize) and make good the barisan pejuang  in order for us to have a better PPDG & SFAZ. Critisizing is easy, but to lend a hand and make good what we critisized..??.... I dare you.

Wassalam