09 May 2008

NOTIS PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SURAU FATIMAH AZ-ZAHRA' DESA GEMILANG

Seperti tertera dalam dgemilang@yahoogroups.com Tarikh: Selasa 6 Mei 2008 Kepada: Penduduk Taman Desa Gemilang Daripada: Jawatankuasa Pemilihan AJK Surau ("JP") Assalamu'alaikum wbt Tuan-tuan/Puan-puan NOTIS PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SURAU FATIMAH AZ-ZAHRA' DESA GEMILANG Sebagaimana yang telah diputuskan semasa pembubaran AJK Penaja Surau pada 30hb April 2008 yang lalu, satu jawatankuasa pemilihan telah ditubuhkan bagi menjalankan urusan/proses pemilihan jawantankuasa surau yang baru. Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa majlis pemilihan & perlantikan AJK Surau Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang akan diadakan pada tarikh & tempat seperti dibawah : Tarikh: Sabtu 10 Mei 2008 Masa: Selepas Solat Isyak (9.15 malam) Tempat : Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang Proses pemilihan & perlantikan adalah seperti lampiran Besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut bagi memastikan AJK surau yang baru adalah pilihan majoriti penduduk Desa Gemilang. Dengan ini Tuan/Puan boleh mula memikirkan calon-calon yang berkelayakan. Sebarang pindaan kepada proses dan tatacara pemilihan & perlantikan akan diumumkan di majlis tersebut (jika ada). Selamat memilih Ahli AJK Surau Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang yang baru. Wassalam Jawatankuasa Pemilihan AJK Surau