21 December 2005

INFO - LAMA TAK UPDATE

Dear all, Dah lama aku tak update. Bukan sebab apa. Cuma sibuk kat ofis ni. Nanti bila dah free sikit. Aku akan cerita panjanggggggggg. hehe.. -blogger DG.

16 October 2005

Borak Dengan Zai Di Pejabat KOMAAB

Dah lama aku tak blog ni. Rindu pulak rasanya kat blog aku ni. Kepada semua umat Islam yang singgah di blog aku ni, Selamat Berpuasa! Hari ni aku nak cerita tentang hal borak-borak aku dgn Zai (Kalau tak silap seminggu sebelum bermulanya puasa).

Kebetulan aku cuti pada hari kerja tu. Dan Rosli pun dah cakap yg diaorang hanya bawak orang naik site pada hari kerja sahaja. Jadi, aku pun pergilah ke pejabat KOMAB nak jumpa sapa yg free utk borak-borak.

Masa aku sampai nak parking kereta, terkejut aku bila toleh kearah pejabat KOMAB sebab depan dia dah lain. 'Dah pindah ke diaorang'. Rupa-rupanya, tengah renovation ofis KOMAB ni.

Bila aku masuk ke dalam ruang pejabat tingkat bawah tu, suasana dah lain. Tinggal sikit lagi nak habiskan renovation, katanya Zai. Barulah nampak macam korporat macam ni. Orang lain tak de. Yg ada kat depan tu, Zai sahaja. Lepas tu nampaklah Encik Zul. Aku malas nak kacau dia sebab nampak busy aje. So, borak panjanglah aku dgn Zai.

Aku dah tak ingat apa secara detail apa yg aku borak dgn Zai. Pertama, dah berminggu lepas aku borak. Kedua, banyak sangat cerita. Jadi, ringkaskanlah apa yang aku ingat.

1- Projek lain berhampiran Desa Gemilang.

Aku ada cerita sebelum ni yg masa aku borak dgn Sarimah, dia ada cerita tentang satu projek yg bukak promotion booth depan Ong Tai Kim. Tak tahulah apa nama projek tu. Lepas tu, Zai pulak bukak cerita yg tu sebenarnya macam bogus developer. Kata Zai, satu hari Rosli dok jaga booth kat Carrefour. Lepas tu datang sorang mamat ni tanya pasal projek Desa Gemilang. Dia kata dia dah beli satu rumah kat area projek desa gemilang tu tapi nama projek dia lain. Dia kata dia dah bayar deposit 10% dah kat developer yg bukak booth depan Ong Tai Kim tu. Dan gambar yg bogus developer tu tunjuk sebijik macam gambar rumah desa gemilang. Mamat tu kata dia dah naik sendiri ke tapak projek tu. Terkejutlah mamat ni sebab Rosli kata tak de projek rumah teres lain lagi dah kat area tu melainkan desa gemilang. Siap gaduh-gaduh lagi dgn Rosli. Mamat tu kata Rosli penipu la apa. Ye la. Sapa tak naik angin sebab dah keluar duit. Kesian….Moral of the story, check dulu dgn pihak berkuasa tentang development atau projek perumahan sebelum membayar duit deposit.

2- Gambar-gambar baru blok rumah akan ditampalkan di dinding pejabat KOMAB

Ruang depan KOMAB tu tak habis lagi renovation dia masa aku pegi lepak2. Zai cakap bila dah siap nanti, gambar2 terbaru desa gemilang akan di tampal di dinding. So, tak payahlah ‘buyers’ pegi naik site.

Aku harap gambar2 ditukarkan setiap bulan.

Itulah sahaja 2 perkara yg aku ingat.

Selamat Berpuasa!

26 September 2005

Perbualan Telefon dgn Rosli pada 23 Sep 05

Aku on the way balik dari ofis hari Jumaat. Trafik sesak sikit kat tol Subang, so tangan aku pun gatal nak call mana2 staff KOMAB yg bernasib baik. Lebih kurang macam nilah perbualannya.

Aku: Hello! Rosli!

Rosli: Hello! Tak dengar...

Aku: Hello! Rosli (Sambil betulkan HP moto aku dlm poket baju. Susah jugak tak pakai blue tooth ni. Pakai speaker aje)

Rosli: Ya! Siapa ni?

Aku: Saya XYZ.

Rosli: Ooo. En XYZ.

Aku: Sori la call time ni dah lepas office hour.

Rosli: Eh tak pe.

Aku: Saya nak tahu esok you naik site tak sebab saya nak tumpang.

Rosli: Sekarang ni kami naik site pada hari kerja aje.

Aku: Progress macam mana sebab dah lebih kurang tiga empat minggu dah saya tak gi jenguk. Main Con kedua macam mana? Kerja jalan. (Hoohohhhh stupid Q, zuddddddd... cermin kereta aku turunkan, amik toll punya kertas sekeping tu.)

Rosli: Progress ok. Kerja jalan.

Aku: OK lah rosli. Saya nak tahu tu aje. Terima kasih.

Rosli: Sama-sama.

Hehehe..macamla aku nak pegi panjat jalan naik ke site. Esok aku nak ke Cameron Highland menghirup udara segar. Chiow!

Oh ye! Kepada sesiapa yang ada gambar terbaru projek Desa Gemilang, silalah hiburkan hati saya dgn meng email kan gambar-gambar tersebut ke sania2@yahoo.com. Pleaseeeeeeee. Saya busy sekarang weekdays dan weekend. Tak sempat nak melawat Desa Gemilang.

Thanks in advance!

14 September 2005

Plan Kedudukan Rumah

Image hosted by Photobucket.com

Ni ialah plan kedudukan rumah utk Fasa 1 yg aku scan dari Lampiran A S&P aku.

Dalam S&P aku, diaorang letakkan abjad utk blok.

Sebab tak berapa terang, aku tunjukkan dgn arrow tu mana blok A sampai T.

09 September 2005

Teleconversation dgn Encik Azman

Aku: Assalamualaikum Encik Azman

Encik Azman: Waalaikumussalam.

Aku: Saya fulan bin fulan sini. Apa khabar?

Encik Azman: Baik. Ada apa dia En. Ssss

Aku: Tak de apa. Cuma nak tanya Main Con kedua dah mula kerja ke belum.

Encik Azman: Esok mereka akan start En. Ssss. (Main Con 2) tak habis lagi bawak naik barang.

(Aku tak tahulah barang apa sampai seminggu tak habis lagi. Aku assume batu-bata konkrit dan yg berkaitan lah. Ho ho! Berat menatang konkrit tu. Boleh buat exercise angkat berat!)

Aku: Ooo..berapa blok dia kena buat?

Encik Azman: Mana yg tak siap lagi.

Aku: 16 blok?

Encik Azman: Tak tak. 12.

Aku: Main Con India tu tak kena buat (rumah)?

Encik Azman: Kena buat. Yg baru ni kena assist dia (Main Con India) lah. Responsibility masih dia (Main Con India) lagi.

Aku: Forecast completion sekarang bila?

Encik Azman: February to April 2006.

Aku: Februari to April tu siap infra semua sekali ke?

Encik Azman: Semua sekali siap.Heheh. Jangan risau En. Ssss.

Aku: Tak de la. Nak budget sewa rumah…sampai April lah.

Encik Azman: Tengah pening mikir ni.

Aku: Hahaha. Ok lah.

Encik Azman: Ok.

Itulah (lebih kurang) conversation aku dgn Encik Azman pada 4:45 p.m hari Jumaat 9 Sept 2005. Maknanya completion akan sama dgn Fasa 2. Awal sikit sebulan dua kot. Kan aku dah cakap. Pasti siap lebih kurang sama. So, infra pun sama lah siap. Aku rasa utk Fasa 3 dan keatas, mereka akan buat jalan lain kot utk lori2 semua masuk.

Bulan 9 sampai 4 tu 8 bulan. Lebih kurang compensation ialah 8/12 x 10% x harga rumah. Perghhh. Boleh buat pagarlah. Tapi, aku tak dapat sebab kalau ikut kontrak aku beli lambat dan tak cukup 3 tahun. Tolak 30 orang yg kena terminate agreement aku rasa tak ramai yg dapat compensation.

Hmmm. 8 bulan lagila nak kena bayar sewa rumah.

OK folks. Have a nice weekend!

06 September 2005

Tinjauan 4 Sept 2005 - Borak dgn Pekerja Indon

Aku sampai kat area depan Blok O (antara Blok O dan I) sambil mata dok usha kat kawasan keliling kot-kot ada possible danger. Ada mamat 2 orang nih. Pekerja Indon dok berjalan-jalan. Sampai dekat 5 meter dari aku diaorang tegur aku.

Pekerja 1: “Selamat siang”

Aku: “Selamat Sore”. Aku lihat kedua-dua pekerja Indon yang berpakaian kemas itu tersenyum.

Aku: “Siang sama dengan sore kan?” Sahaja aku mahu menguji penguasaan bahasa aku.

Pekerja 1: “Ya betul pak.”

Aku: “Saya tahu perkataan Indonesia sedikit sahaja.”

Pekerja 1 dan 2 hanya tersenyum.

Aku: “Dahulu, saya pernah menonton cerita lakonan Lidya Kandau dan Rano Karno. Sekarang ini yang popular itu Sheila On 7” (Keh keh keh…lupa aku nak guna perkataan ‘ngetop’)

Aku: “Kamu berdua kerja di sini?”

Pekerja 1 dan 2: “Ye pak.”

Pekerja 1: “Tapi, sudah satu bulan kami tidak buat apa-apa. Sudah satu bulan juga gaji tidak dibayar.”

Aku: “Ngapain jadi begini?” (Chewahhh! Indon tu sure gelak dalam hati).

Pekerja 1: “Sudah sebulan kontraktor India itu tidak membayar gaji kerna tidak ada kerja yang bisa dilakukan.”

Aku: “Kenapa tidak ada kerja?”

Pekerja 1: “Batu-bata tidak ada.”

Aku memang dah agak dah. Sebelum ni aku dah dengar dari mulut staff Main Con India ni yang duit mereka bagi kat sorang sub-con Melayu sebanyak RM200,000 utk beli batu-bata konkrit tu hangus dan hilang bersama-sama dgn sub-con Melayu sorang ni. Kalau betulla ceritanya tu memang aku sumpah masuk neraka. Kalau dia nak mintak maaf, kena mintak maaf dgn semua pembeli. Kalau betulla cerita ni, Main Con India tu 'mangkuk' jugak. Kenapa tak bagi aje banker's cheque ke apa ke. Kan banyak facilities kat bank.

Lepas tu aku tanya dah makan ke belum kat pekerja tu.

Pekerja 2: Belum pak.

Aku: “Biasa makan apa?”

Pekerja 2: “Singkong.”

Aku: “Sayur kangkong?”

Pekerja 2: “Bukan pak. Singkong itu .. pucuk ubi….ambil dari hutan…kadang-kadang ada orang kampong yg berikan…"

Aku pun seluk-seluk kocek seluar aku dan bagi seringgit sorang. Itupun yg ada dlm poket aku. Kalau aku naik site, tak pernah aku bawak beg duit sekali.

Lepas tu banyak lagi yg aku tanya. Antaranya ialah batu tu berat ke tak (heheh memanglah beratkan). Katanya pekerja yg bernama hairi (orang Kristen pak, kata hairi), empat pekerja diperlukan utk meletakkan batu konkrit bila dah sampai level tinggi. Dua orang kat bawah. Dan dua orang kat atas. Katanya lagi, 4 bulan boleh siap semua kalau ada batu-bata konkrit. Sekarang ni konkrit tak cukup.

Sekian. Terima Kasih. Itulah dia cerita pendek aku.

Sekarang ni pulak bahagian analisa aku:

Aku rasa konkrit tak de sebab Main Con India tu dah tak de duit. Yelah sampai RM200,000 kena songlap dgn Melayu bodoh tu. Tu pun kalu cerita staff Main Con tu betulla. Kalau tak betul pun, aku rasa memang sebab mismanagement Main Con ni. Apa lagi resource yg tak ada? Pekerja ada, knowledge nak buat rumah ada, batu konkrit aje tak ada. Nak benda tu kena pakai duit. So, duit lah yg tak ada.

Aku rasa, tindakan melantik Main Con kedua memang tepat. Dan lebih tepat lagi kalau dibuat berbulan dahulu lagi.

Itu ajelah komen tak professional aku. Mari kita doakan semoga Main Con kedua ni cekap dan cepat. Aminnnn.

Image hosted by Photobucket.com

05 September 2005

Tinjauan 4 September 2005

Aku sebenarnya target sebelum ni nak tinjau progress projek Desa Gemilang setakat sebulan sekali aje la. Tak banyak paedah pun kalau aku pegi tengok tiap tiap minggu. Tapi, disebabkan perkembangan terbaru yg Main Con pertama India ni dah buat hal tak dapat nak siapkan projek sebelum akhir tahun, aku terpaksa la pergi tinjau seminggu sekali.

Ni kira summary tinjauan aku pada 4 hari bulan Ogos 2005, hari ahad.

1- Aku kena tahan dgn pak guard (budak2 kampung) sebab diaorang kata aku tak de kebenaran. Satu panggilan telefon dgn encik Azman dan settle. No worries ok sebab aku paham apa itu konsep properties dalam undang2.

Encik Azman call aku balik bila aku dah sampai kat atas yg dia ingatkan aku tadi orang Dato’ Fuad, projek sebelah. Encik Azman kata Main con kedua akan start hari isnin atau selasa minggu depan. Dia kata main con kedua ni ialah orang bawah main con cina utk Fasa 2. (Perghhh... kaya mamat cina ni, fasa 2, kontrak jalan, fasa 1 pulak sekarang.) Mengikut kata staff KOMAB yg aku pegi jumpa pada 29/8/05, KOMAB dah offer kat main con cina fasa 2 utk tolong habiskan fasa 1, tapi dia cakap dia tak nak sambung kerja orang. (So, aku rasa, mungkin sebab tulah dia suruh kroni dia kot.)

2- Naik site dan confirm yg kerja dah sebulan tak jalan.

3- Aku borak dgn pekerja indon 2 orang. Confirm main con pertama India tu tak buat kerja selama sebulan dah. Dan pekerja dah sebulan dok melepak.

4- Pekerja Indon 2 orang yg aku kenal tu kata boleh siap dalam masa 4 bulan kalau main con sungguh-sungguh.

5- Tangki air dah sampai 2/3 dinding telah dipasang.

OK lah, Nanti aku blog panjang pasal ni semua.

Yang pastinya Main Con India ni memang tak cekap. Main Con Cina yg buat Fasa 2 tu laju aje. Huh... aku akan naik site sekali lagi selepas aku dah confirm dgn Developer dah progress banyak ke belum. Mungkin sebulan lagilah baru aku naik. Ada hal sikit weekend2 yg mendatang nih.

Bye...

01 September 2005

Tangki Najis

Aku ada ambik gambar tangki najis hari tu pada 31 julai '05. Tapi, masa tu aku tak sure tangki najis ke apa. Hari Isnin 29/8/05, aku pegi tanya macam2 kat staff KOMAB tu. Dia kata flat tak de kat kawasan tu. Yang tengah buat tu ialah struktur tangki najis. So, inilah gambar-gambarnya

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Staff KOMAB tu kata, tangki najis ni utk Fasa 1, 2 dan 3. Nampaknya, tangki air, tangki najis sedang dibuat. TNB substation dah siap dah. Apa lagi benda-benda infrastruktur keliling kawasan rumah heh? Email me at sania2@yahoo.com or leave some comments in this blog.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 48!

30 August 2005

Sambung cerita sebulan slow.

Ok. Sambung balik kisah aku pergi KOMAB hari isnin semalam.

Main contractor kedua.

Mula-mula sekali aku tanya kat dia status projek. Dia kata dah naik bumbung dah beberapa blok. Aku cakap yg aku naik pada hari ahad dan masih lagi 4 blok yg berbumbung. Aku tanya kenapa tak bergerak/ tak de progress selama sebulan ni. Maksud aku struktur rumah tak de berubah sangat melainkan sedikit aje (macam dalam gambar2 yg aku upload tu lah. Dia cakap main con sekarang slow dan kerja memang takkan siap. So, KOMAB dah appoint main con kedua. Basically, kerja sekarang akan dibahagi dua. Separuh main con lama buat. Dan separuh lagi struktur rumah-rumah, main con baru yang buat.

Logiknya, kalau 8 bulan lagi akan siap, bila bahagi dua jadi 4 bulan. So, insya Allah akhir tahun siap.

Tribunal 30 orang

Aku sebenarnya tak nak cerita hal ni kat sini. Tetapi, demi info utk buyers yg selalu dapat info dan status dari aku dan juga demi pengajaran serba sedikit, eloklah aku cerita.

Ni cerita sedih sikit. Mengikut kata staff KOMAB tu, satu hari, Mr Ro**** (salah seorang pembeli) hantar list buyers yg nak bawak hal delay semua ni ke tribunal. Dia bagi lebih kurang 40 nama dan tandatangan kat KOMAB. So, staff KOMAB pun call setiap buyer ni betul ke tidak. Daripada 40 tu, 30 aje yg betul nak teruskan. So, bila pergi bawak kes pergi tribunal, buyers kalah kes ni. Ada buyer(s) ni siap kena bayar tribunal cost lagi sebanyak RM20,000. Deposit RM15K campur RM20K tu. Huh! Hangus RM35K. Aku tak sure yg RM20K tu sorang kena tanggung atau pakat ramai-ramai.

Baru kejap tadi partner panjat naik jalan ke projek call aku, Mr N. Dia kata keluar paper Kosmo pasal buyers yg rasa tertindas tu. Hmm nampak gaya. Kalah kat court tapi nak cuba menang kat public. Kena main politik pulak. Kalau aku pun sure akan rasa tertindas. Letih tu kena tunggu dari Feb 2002.

Anyway, aku dah cerita sebelum ni ini semua ialah purely pasal Contract Law. Takkan lecturer lecturer fakulti law UIA tak terror kot bab-bab law ni. Aku belajar dgn Madam Mahmudah aje. Something is teribly wrong here. Adakah practitioner law lebih pandai dari lecturer law. No comment. Kalau jadi kat aku, memang naya. Semoga geng 30 buyers tu berjaya. Ye lah. duit dah keluar banyak. Lepas tu kena bayar bulan bulan kat bank. Lepas tu ill-advised pulak. Kalau leader 30 orang tu bawak ke tribunal, kena terangkan pros dan kons dia. Jangan buat orang lain dalam group tu rasa dah jatuh ditimpa tangga.

Anyway, aku rasa geram aje dan kesian kat buyer yg tak mendapat info secukupnya pasal kontrak law.....mengikut kata staff KOMAB tu, kontrak utk 30 orang tu dah kena terminate dan rumah pun dah kena jual dah. Ada balance 12 lagi tak jual dari 30 tu.

Aku tanya berapa harga harga jual. Dia cakap RM207,000. Perghhhh. Kalau beli masa soft launch dulu harganya RM150,000. Berapa untung kalau jual nanti (kalau rumah ada kualiti dan siap spt yg dijanjikanlah. Insya Allah

Projek baru sebelah.

Ada satu atau dua projek baru yg developernya orang lain dan tak de kaitan dgn KOMAB baru launch. Kawasan projeknya di hujung sebelah blok P fasa 1. Ini mengikut kata orang KOMAB semalam lah.

Advertisementnya ada kat area Ong Tai Kim.

Share Jalan.

Mengikut katanya lagi. developer (yg tak de kaitan dgn KOMAB atau Capital Lane) yg nak buat apartment kat situ tu kena bayar RM1.4 juta kpd KOMAB sebab nak share jalan dgn KOMAB. So, basically, jalan tu akan jadi jam lah in the future kalau tak de jalan lain.

Sewerage

Gambar sebelah bukit tangki air yg aku ingatkan tapak flat/apartment tu rupa-rupanya struktur tangki najis. Nanti aku uploadkan gambarnya.

Tangki air

Orang KOMAB tu kata, tangki air nak buat kejap aje. Sebulan dua ni siaplah.

Jalan

Orang KOMAB tu kata, main con Fasa 2, Cina tu dah di‘award’kan dgn kontrak buat Jalan tu. Berdasarkan kecekapan Main Con Fasa 2 ni, aku guarantee no problem. Orang KOMAB tu kata yg Cina tu kata, buat jalan ni kejap aje.

Tapi, aku musykil juga. Kalau jalan tar dah siap akhir tahun ni, macam mana lori2 nak turun naik hantar supply utk Fasa townhouse dan apartment? Dia kata lori2 tu nanti takkan merosakkan jalan. Dan, sebab itu utk fasa townhouse dan apartment tu, mereka tengah bertungkus lumus utk buat piling. Sekarang ni ada 2 jentera utk piling. Nanti akan tambah lagi dua.

Completion

At the end, aku tanya pasal completion.

Dia cakap Fasa 1, akhir tahun. Fasa 2, bulan 5 tahun depan (unit rumah tak banyak). Fasa Townhouse dan Apartment, akhir tahun depan. Dan Fasa 3 bungalow lot akan dilancarkan sedikit masa lagi. Fasa 3 ni kat sepanjang Jalan naik ke site.

So, dah panjang berjela-jela ni. Nanti aku dan the geng panjat site akan memberikan info seterusnya. Betulkah Main Con kedua dah start kerja? Nantikan jawapannya paling lambat pun 2 minggu lagi bersama-sama dgn gambar terkini.

Sebulan slow?

So, terjawablah persoalan kenapa progress jadi slow selama sebulan ni.

Lepas servis kereta semalam, Isnin, aku pergi ke pejabat KOMAB. Aku nak jumpa Encik Azman atau Encik Zul. Kalau dapat jumpa Encik Zul, boleh aku tanya pasal struktur dinding dan wiring dan plumbing.

Aku sampai lebih kurang 4:30p.m. Aku terus masuk ofis bawah. Yang ada hanyalah Sarimah (aku rasa nama dia Sarimah).

Damn. Something came up. Have to do this first. I'll continue about this later. Among other things. Sarimah said that they had appointed another main con to help that Indian main con, 30 buyers who went to tribunal and rejected, new launch of project by other developers near phase 1 etc.

29 August 2005

Apa dah jadi?

Apa dah jadi ni?

Hmmm. Ada 4 jenis resources. Aku rasa sepanjang sebulan yg lepas, aku tak nampak pun supply baru konkrit blok sampai kat site. Dekat gudang sebelah jalan UIA tu pun macam tak ada.

Adakah sebab supply konkrit tak sampai dari port dickson, yang menyebabkan kerja slow sangat? Tapi, bahagian formwork utk. porch dan lantai, tak memerlukan batu konkrit. Takkan supply simen dan gravel pun tak ada. Atau jalan naik naik site tu masih menyesahkan transport nak naik?

Semuanya akan aku cari jawapan.

Tinjauan Pada 28 Ogos 2005

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

26 August 2005

Next visit - Saturday or Sunday

Aku rasa nak naik site esok, hari sabtu, atau lusa, ahad. Pukul 9 a.m.

Aku nak compare progress berbanding 2 minggu lepas.

Aku harap:

1-Blok yg ada bumbung dah complete semua pasang tangga.

2-Blok S dan T dah masuk bahagian bumbung.

3-Blok E dan F dah mula dgn tingkat 1.

4-Blok N, O, Q dan R dah siap lantai tingkat 2.

5-Blok ABCD dah nak siap tingkat 2.

Ni antara forecast aku yg terlalu ambitious la.

We'll see.

Chiow! Have a nice weekend!

Enam Jenis Konkrit Blok Berongga

Aku tak ingat bila aku korek info pasal konkrit blok ni. First, dgn Kumar. Second dgn Ridzwan. Then, the rest tu aku search internet aje.

Mengikut kata Kumar ada 6 jenis konkrit blok yg dia orang pakai. So, kat bawah ni ialah jenis-jenis blok dan saiz dan kegunaannya pada bahagian rumah. Gambar2 dan penerangan dlm bahasa inggeris selepas setiap gambar tu sebiji aku copy dari site ofis punya kertas penerangan.

Mula2 sekali jenis Stretcher:

Image hosted by Photobucket.com

STRETCHER

Majority of the blocks used in the ZOOM Blocks System is the Stretcher block.

The dimensions are 16” x 7 5/8” x 8” (L x W x H).

The Tongues & Grooves along the sides ,top and bottom of the block serve to align the stacked blocks in a vertical plane to form that straight wall.

Image hosted by Photobucket.com

UNIVERSAL CORNER

The Universal Corner is a key block in the ZOOM Blocks System.

It is 15 5/8” x 7 5/8” x 8” (L x N x H).

The Universal Corner Block can be used for both L-corners and T-corners. It islso designed to integrate with vertically placed reinforcement steel bars to form reinforced columns. The saw-offs allow horizontally placed reinforcement steel bars to be integrated to form the full reinforced column and beam structure.

Image hosted by Photobucket.com

BOND BEAM

The Bond Beam, 16” x 7 5/8” x 8’ (L x W x H), integrates with reinforcement steel bars to form reinforced beams.

It is stacked at the top course to complete the wall and along windows to give reinforcement. The Bond Beams and the Universal Corners, together with reinforcement steel bars, act as a binding ring that holds all the other ZOOM Blocks stacked in-between to give a solid wall structure.

Image hosted by Photobucket.com

DOUBLE TONGUE

The Double Tongue, 16” x 7 5/8” x 8” (L x W x H), is similar to the Stretcher except that it has Tongues on both sides of the block.

This allows the direction of the tongues and grooves to change direction which allows greater versatility to adapt to different applications.

Image hosted by Photobucket.com

UTILITY STRETCHER

The Utility-Stretcher, 16” x 7 5/8” x 8” (L x W x H), provides saw-offs that allow vertical and/or horizontal utility pipes (e.g. water and electricity pipes) access through the block. This provides a neater finish with all the various piping within the wall system.

Image hosted by Photobucket.com

HALF STRETCHER

The HaIf-Stretcher 8” x 7 5/8” x 8” (L x W x H), is half the length of the regular Stretcher. Together with the other five types of blocks, it completes the entire ZOOM Blocks System.

23 August 2005

Concrete block dan plan tingkat bawah.

Image hosted by Photobucket.com

Kalau tak silap aku gambar ni aku ambik pada 7 Ogos '05.

                                                               
                                                               
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
1 4   Utility Area 4 1             4 4       Di sini tingkap melengkung       1 4
2 4           4                                                
3                                                              
4 1                                                            
5                                                              
6                                                              
7                                                              
8                                                              
9                                                              
10                                                              
11 1                                                            
12                       Living Room                                
13                                                              
14                                                              
15                                                              
16 4                                                           4
17 4                                                           4
18                                                              
19                                                              
20                                                              
21                                                              
22                                                              
23                                                              
24                                                              
25                                                              
26                                                              
27 4                                                           4
28 4                 4 4   1                 1   4             4
29                                                              
30                                                              
31                                                              
32                                                              
33                         4               1                    
34                                                              
35                                                              
36       Bilik                                                    
37                                         Dapur                  
38                                                              
39                                                              
40                                                              
41                                                              
42 4                                                            
43 4                   4   4               4                    
44                                                       1     4
45                                                              
46                             Bilik Air                            
47                                                              
48                                                              
49                                                              
50                                                              
51                     4                   4                   1

Gambarajah di atas merujuk kepada plan rumah tingkat satu. Setiap kotak mewakili setiap lubang pada concrete block.

Lubang yang dimasukkan besi ditandakan dgn nombor dan warna. Nombor 4 dan warna kuning mewakili 4 batang besi yg diikat sekali. Nombor 1 dan warna purple mewakili 1 batang besi.

Kemungkinan besar simen dituangkan kedalam setiap lubang yg dimasukkan besi. Tapi, aku yakin yang lubang yg bertanda nombor 4 (empat besi berika sekali), dimasukkan simen.

Aku buat gambarajah diatas berdasarkan gambar-gambar corner unit blok R yg dsedang dinaikkan dinding tingkat satu. Nanti aku upload semua gambar tu. Buat masa sekarang aku tunjukkan dulu satu gambar dulu.

Aku harap gambarajah ni betul. Aku rasa betul. Anyway, aku kena bawak gambarajah ni dan check secara fizikal pulaklah.

That's all.