28 March 2008

Majlis Sambutan Maulidur Rasul serta Solat Hajat Perdana DESA GEMILANG

Seperti yang tertera di dalam dgemilang@yahoogroups.com


Salam Semua


Bagi pihak Jawatankuasa Penduduk Desa Gemilang & Jawatankuasa Surau Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang


Dalam satu mesyuarat khas semalam Jawatankuasa Penduduk Desa Gemilang & Jawatankuasa Surau Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul serta Solat Hajat Perdana pada hari Jumaat 4 April 2008, Insya Allah.


Perihal Solat Hajat ini pernah di war-war oleh Sdr Suhaimi (S/U Surau) sedikit masa lalu namun terpaksa di tangguhkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.


Aturcara yang di dalam perancangan tak banyak berubah dari terdahulu - seperti berikut:


1. Solat Maghrib berjamaah


2. Solat Hajat Perdana berjamaah


3. Kuliah Maghrib


4. Solat Isyak berjamaah


5. Ucapan Pengerusi


6. Perasmian Surau


7. Jamuan


Juga dalam perancangan adalah untuk menjemput wakil rakyat kita AP & ADUN kawasan bagi sessi ramah mesra.


Jawatakuasa amat berharap sumbangan dari penduduk dan juga bakal penduduk & kami menetapkan sumbangan minimum RM30 setiap rumah. Mohon maaf kerana menetapkan nilai minimum dkerana "belanjawan asas" yang dibuat dalam mesyuarat semalam memerlukan jumlah tersebut bagi kita mencapai matlamat.


Sdr Kamarudin Yahya (Jalan 1/6) & Sdr Mohd Azim Ahmad (Jalan 1/5) telah di "perkenankan" oleh jawatankuasa sebagai bendahari projek. Saya percaya belanjawan akan di paparkan secara telus kepada semua.


Pengumuman yang lebih lengkap akan dibuat selewatnya Isnin minggu depan InsyaAllah selepas mesyuarat kedua (di jangka Ahad)


Mudahan kita di berkati, Insya Allah


Co-Moderator