Assalamualaikum semua,
OK, sekarang cerita progress yg terbaru berdasarkan cerita pak guard kat site pada hari sabtu 22/7/06 dan cerita Wahida KOMAB semasa perbualan talifon pagi tadi 24/7/06.
Saya baru call Wahida KOMAB. Dia kata, semua blok dah complete melepa, cat, interior macam tingkap, lantai, tangga, toilet semua dah siap (macam 99% siap). So, kira kemasan dalam dah beres. Sekarang ni tengah nak siapkan luaran macam longkang dan pagar.
Bab jalan pulak, Wahida KOMAB cakap semua jalan kat atas (blok) dah ditabur batu. Ini sama seperti cerita Pak Guard. Kata Wahida, bila habis tabur batu putih tu, tinggal tar shj lagi (2 lapis tar).
Semalam bila saya tengok dari pondok pak guard, longkang kanan dah simen dah sampai bawah. Longkang kiri sikit lagi nak simen sampai bawah. Batu dah ditabur separuh dah kat jalan naik site tu (tak sampai bawah lagi). Kata Wahida, tiang lampu pun akan siap sebelum 19/8.
Pada 19/8 tu kita semua kena pergi ofis KOMAB dan lepas tu diberi kunci dan boleh naik site. Mengikut kata Wahida, ni adalah temporary CF. So, begitulah kira2nya. CF yg betul, 2 bulan lagi baru dapat.
Kita tengoklah result nya tak sampai 4 minggu lagi!