Dari email seorang ahli dgemilang "ni last saya pegi naik DG pada 25 SEPT 2007. Meter air belum di pasang lagi. Lihat lampiran (gambar).... ...".
Hari ni pun saya baru naik ke site untuk meninjau kawasan desa gemilang. Ada juga beberapa kereta lain lagi yg ada di kawasan desa gemilang. Salah seorang orang kuat AJK pun ada.
Sepanjang jalan sungai pusu macam baru lepas kena banjir lumpur. Kereta-kereta yang berada di sepanjang jalan sungai pusu penuh berdebu tebal. Lumpur-lumpur yg belum kering kelihatan di sepanjang jalan kg sungai pusu.
Dan bila saya 'google' banjir lumpur sungai pusu, terdapat dua laporan akhbar tentang banjir lumpur. Mungkin Desa Gemilang ada menyumbangkan aliran lumpur ini tetapi saliran dan longkang dah 'complete'. Jadi sumber utama aliran lumpur ni mungkin dari satu kawasan luas yg gersang (bukan desa gemilang) di sebelah belakang UIA. Satu projek lain yg tak jadi. Siapa punya tu?
Harap-harap ada penyelesaian tentang banjir ni seperti luaskan sungai. Di kawasan simpang 4 kubur di kg sungai pusu tu memang nampak macam lembah takungan air. Jangan selepas dapat kunci rumah selepas raya ni (insya Allah), ada pulak peristiwa penduduk-penduduk desa gemilang tak dapat balik rumah sebab banjir.
Rgds,
Sani