21 January 2008

Surau & perjumpaan di situ pada hari Ahad

Past midnight now. I can't sleep... Tadi, dah terlambat sangat utk pergi ke perjumpaan di surau taman DG. Ni gambarnya kat bawah, tapi gambarnya diambil pada hari sabtu. Perasan tak tempat ambil air sembahyang tu. Nice. Kata Haizal, Sembahyang Asar kat surau tadi kena buat 2 round sebab ramai yg datang. Kereta pun penuh. Tak sempat nak ambil gambar. So, upload gambar hari sabtu. Saja nak tunjuk surau kita. Saya tak sempat nak join. Sampai pun dah lambat. So, jalan2 dgn abang ipar ajelah ka area taman. Sempat jumpa member2 dia yg duduk kat DG. Ramai pulak member dia duduk situ. Baguslah senang nanti rapat silaturrahim. Amin.

20 January 2008

Lampu jln dah di'repair'

Pada hari sabtu, saya naik ke Taman DG dan semasa meronda di kawasan tu, ternampak satu 'proses' pembaik pulihan lampu jalan. Nampak tak lori kren kat dlm gambar di bawah? ok. kecik sangat lori dlm gambar tu. Anyway, hari ini, Ahad, borak dgn jiran sebelah kiri, Haizal, katanya, lampu jln semua dah ok kat jln 1/7 dan 1/6. boleh main badminton mlm-mlm. Hmm, tak sabar nak masuk rumah ni.

17 January 2008

Perjumpaan di Surau Ahad ni!

Assalamualaikum,

Saya war-warkan disini perjumpaan silaturrahim akan diadakan disurau sementara dan bolehlah berbincang pelbagai perkara hal nanti.

Dibawah ini ialah keratan email dari yahoogroups yg dihantar oleh bro Izani Izudin.

Kalau mcmtu saya rasa elok manfaatkan perjumpaan ahad ini untuk tujuan pengumpulan data-data mereka yang berminat untuk dapat kan talian tetap TM....

Untuk makluman.....Satu perjumpaan semua pembeli dan penduduk Taman Desa Gemilang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20hb Januari 2008 (Ahad)

Masa : 4.00 petang ( Bukannya jam 11.30 @ 12.00 seperti yang dimaklumkan sebelum ini)

Lokasi : Surau Sementara Taman Desa Gemilang

(No 1 Jalan DG 1/3) - bertentangan dengan rumah pemaju.....Insyaallah klu sempat bunting akan disediakan.



Manfaatkan perjumpaan ini kerana banyak agenda akan dibincangkan selain daripada mendapatkan talian tetap....

sekian....wasalam

Let's rock!!! (Memang banyak batu pun kat kawasan taman DG ni).

Insya Allah, talian TM akan ada tak lama lagi. Terima kasih kpd AJK dan bukan AJK yg bertungkus lumus untuk memakmurkan desa gemilang!

16 January 2008

Desa Gemilang yang dah 'hidup'!

Assalamualaikum,

Sekarang ni taman ini dah ceria lah jugak dgn riuh rendah tawa hilai penghuninya. Hilaian yg pelik-pelik tu tak de la dengar lagi. Nauzubillah.

Kereta pun dah banyak kat area taman. Gambar di bawah ni diambil pada hari bekerja. Kalau weekend, lagi banyak kereta-kereta di taman ini. Ni baru dalam berapa percent aje yg dah masuk.

Alhamdulillah. Doa-doa kami termakbul untuk menjadikan taman ini makmur. Amin.

Lubang berbunyi

Assalamualaikum,

Apa yang korang fikir tu?

Hari Isnin dan Selasa minggu ni, saya banyak habis masa kat Desa Gemilang dok monitor pembaik pulihan rumah. Pagi, tengahari, petang mesti singgah tengok progress.

Yang tukang repair tu Roy namanya. Nama penuh dia Azroy kot. Kahakahahha.

Anyway, time tengahari tu bila sampai kat rumah, dengar orang dok ketuk dinding. Mana datang bunyinye nih? Laa..rupa-rupanya tengah duk repair paip kat dlm bumbung porch tu. Ni ha lubangnya.

Blog Fasa 2 Desa Gemilang

Assalamualaikum,

Melalui ruang komen baru saya tahu ada blog utk fasa 2. Ini dia blog nya:

http://desagemilangfasa2.blogspot.com

Semoga group Fasa 2 berjaya didalam perjuangan mereka.

14 January 2008

SURAU

Ini adalah email terbaru di dalam yahoogroups dgemilang. Marilah semua memakmurkan surau kita. Terima kasih kpd Jawatankuasa Penaja Surau (Sementara) Desa Gemilang!

________________________________________

Assalamualaikum,

Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pemikiran, tenaga, harta, dan sebagainya untuk membangunkan Surau Desa Gemilang, bolehlah hubungi kami:

Al Fadhil Ustaz Dr. Abdul Barri, 013 380 6489 (25, Jalan DG 1/6) [Penggerak utama]

En. Suhaimi Mhd Sarif, 013 318 3803 (14, Jalan DG 1/6)

Setakat ni, Al-Fadhil Ustaz Dr. Fikri, telah sudi membenarkan rumahnya (berhampiran rumah contoh Desa Gemilang) untuk dijadikan surau sementara. Secara rasminya surau sementara ini akan beroperasi hari ahad datang 20/1/08, Insya Allah.

Sekian.

Suhaimi Mhd Sarif

Setiausaha

Jawatankuasa Penaja Surau (Sementara) Desa Gemilang

07 January 2008

Harga Rumah & Harga Sewa ("VALUATION")

Assalamualaikum semua,
Baru-baru ini terdapat perbincangan didalam yahoogroups tentang harga rumah dan harga sewa.

Saya tak mahu menyatakan berapa harga tertinggi atau terendah. Cuma apa yg saya mahu nyatakan ialah jika terdapat valuer yg letak harga tertentu ialah belum tentu lagi harga yg ideal.

Secara profesional, saya ingin menyatakan bahawa didalam 'valuation' sesuatu aset seperti rumah, ekuiti (saham) atau syarikat terdapat berbagai 'method'. Dan, apabila harga atau nilai telah diperolehi melalui perkiraan-perkiraan tertentu, ia adalah 'base case'. Dari base case, analisa 'high' dan 'low scenario' boleh dikira atau kadang-kadang diagakkan.

Harga boleh berbeza-beza bukan shj dari segi rumah itu sahaja. Bahkan, seribu satu perkara lagi termasuklah infra, pengangkutan dll utk masa sekarang, 'expectation' di masa depan, 5 tahun, 10 tahun lagi etc.

Setakat ini, harga sebenar transaksi yg telah berlaku boleh dijadikan sebagai ukuran. Mungkin dah ada harga sebenar traksaksi yg dlm lingkungan RM250 ribu, maka itulah yg boleh kita jadikan ukuran sebagai 'base case'.

All the best dlm urusan jual beli!!
-Moderator

SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum,
Selamat Datang! Kepada penduduk-penduduk (ahli mukim) Taman Desa Gemilang.
Saya mulakan diari ini dgn selamat datang bukan shj kpd semua kawan-kawan di Taman Desa gemilang tetapi juga kpd 2008.
Satu perkara (selain dari nak betulkan 'paip air' dan bermacam 'defect' lagi) ialah kebanyakan dari kita saya rasa dalam lingkungan 30an dan anak-anak sedang dlm peringkat pembesaran umur 1 ke 10 tahun sebab petang-petang, ramai jugak budak-budak kecil bermain-main diluar rumah. 'Environment' yg baik utk mereka kerana dikelilingi kehijauan.
Inilah entry pertama saya untuk tahun 2008 ini. Semoga segalanya nanti berjalan lancar. Dan, apa-apa perjuangan akan diberkati Allah.
wassalam.
Yg benar,
'Moderator'