09 September 2005

Teleconversation dgn Encik Azman

Aku: Assalamualaikum Encik Azman

Encik Azman: Waalaikumussalam.

Aku: Saya fulan bin fulan sini. Apa khabar?

Encik Azman: Baik. Ada apa dia En. Ssss

Aku: Tak de apa. Cuma nak tanya Main Con kedua dah mula kerja ke belum.

Encik Azman: Esok mereka akan start En. Ssss. (Main Con 2) tak habis lagi bawak naik barang.

(Aku tak tahulah barang apa sampai seminggu tak habis lagi. Aku assume batu-bata konkrit dan yg berkaitan lah. Ho ho! Berat menatang konkrit tu. Boleh buat exercise angkat berat!)

Aku: Ooo..berapa blok dia kena buat?

Encik Azman: Mana yg tak siap lagi.

Aku: 16 blok?

Encik Azman: Tak tak. 12.

Aku: Main Con India tu tak kena buat (rumah)?

Encik Azman: Kena buat. Yg baru ni kena assist dia (Main Con India) lah. Responsibility masih dia (Main Con India) lagi.

Aku: Forecast completion sekarang bila?

Encik Azman: February to April 2006.

Aku: Februari to April tu siap infra semua sekali ke?

Encik Azman: Semua sekali siap.Heheh. Jangan risau En. Ssss.

Aku: Tak de la. Nak budget sewa rumah…sampai April lah.

Encik Azman: Tengah pening mikir ni.

Aku: Hahaha. Ok lah.

Encik Azman: Ok.

Itulah (lebih kurang) conversation aku dgn Encik Azman pada 4:45 p.m hari Jumaat 9 Sept 2005. Maknanya completion akan sama dgn Fasa 2. Awal sikit sebulan dua kot. Kan aku dah cakap. Pasti siap lebih kurang sama. So, infra pun sama lah siap. Aku rasa utk Fasa 3 dan keatas, mereka akan buat jalan lain kot utk lori2 semua masuk.

Bulan 9 sampai 4 tu 8 bulan. Lebih kurang compensation ialah 8/12 x 10% x harga rumah. Perghhh. Boleh buat pagarlah. Tapi, aku tak dapat sebab kalau ikut kontrak aku beli lambat dan tak cukup 3 tahun. Tolak 30 orang yg kena terminate agreement aku rasa tak ramai yg dapat compensation.

Hmmm. 8 bulan lagila nak kena bayar sewa rumah.

OK folks. Have a nice weekend!

2 comments:

Anonymous said...

Salam..alamaak, 8 bln lg ke nk byr sewa rumah.. adooii, sakitnya nk menanggung, dah la bank pun dh kena potong tiap2 bulan.. maknenya kalau dah beli sejak feb 2002, pampasan tu dapat bila projek siap jugak ke? Tak pernah ke org buat bg pampasan dari sekarang? :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Wah! Untung you beli awal. Kalau jual, sure untung kaw kaw.

Anyway, pasal pampasan tu, bukan I yg janji. Itu encik Azman KOMAB yg kata. Nanti dah siap rumah bolehlah sapa2 yg berhak dapat pampasan tu berurusan dgn KOMAB. Macam I ni tak dapat. isk isk isk.

Tapi, kpd yg menunggu dari feb 2002 tu. Anda semua memang penyabar.

Yang penting, at this stage, selain dari sentiasa follow up progress dan status, marilah kita sentiasa sembahyang hajat dan berdoa semoga semua berjalan lancar dan rumah berkualiti.

Amin ya Rabb Al-Aalameen....