09 October 2007

METER AIR

Assalamualaikum,
Apa khabar semua ahli Dgemilang? Semalam saya berkesempatan naik ke Desa Gemilang selepas balik dari kerja dan sebelum pergi cari tempat berbuka puasa. Saya pusing satu taman dan hanya blok A, B, C dan D sahaja yang baru siap dipasangkan meter air. Itupun ada satu unit yg dari blok-blok tersebut yg masih tidak bermeter air.

Saya paparkan di bawah ini sekarang gambar pertama iaitu gambar keseluruhan paip air luar rumah dan meter air.

Dari gambar itu, kita boleh lihat tertera perkataan 'METER PLASTIK'. Ada dua bahagian kecil lain yg bersambung dgn meter air; satu kepala paip dan satu lagi entah apa.

Di dalam gambar secara dekat ini, tertera perkataan 'SYABAS' pada penutup berwarna hitam.

Apabila penutup dibuka, tertera nombor siri meter air dalam tulisan putih yang berakhir dgn nombor 16. Setiap rumah akan mendapat meter dengan nombor siri masing-masing. Contohnya, gambar dibawah menunjukkan meter air jiran yang berakhir dgn nombor 17.

Itulah serba sedikit cerita meter air. Sekarang ini persoalan yang bermain dibenak saya ialah jika dalam masa 2 hari baru siap dipasang pada 4 blok (1 hari 2 blok), bolehkah siap sebelum raya?

Cikgu-cikgu sekolah bolehlah merangka soalan berdasarkan cerita meter air ini.

Soalan: Terdapat 20 blok yang perlu dipasangkan meter air. Jika 4 blok dipasang dalam masa 2 hari, berapa harikah diperlukan untuk kesemua 20 blok siap dipasangkan meter air?

Jawapan:
(A) 10 hari.
(B) 10 hari selepas hari raya
(C) 10 hari selepas rundingan selepas raya
(D) 10 hari selepas siap rumah fasa 2.

Rgds,
Sani

4 comments:

Anonymous said...

Saya cuba jawab cikgu!
Hari ni jawapan saya A.
Minggu depan, cikgu tanya lagi, jawapan B.
Lepas raya, jawapannya C..

Anonymous said...

cikgu!! cikgu!!
saya plak cikgu,

saya rasa jawapannya C.(lepas raya)
saya berikan juga faktor faktor nye skali ye..

a)tgh bahang nak raya nie. org syabas nak buat keje pun dah malas. mood raya la katakan.

b)asik banjir lumpur je kat sungai pusu tu. nak masuk ke desa gemilang pun tak boleh.

c)syabas tahun ni tak de bonus. keje pun ala kadar je la..


cikgu lupa la...soalan dan jawapan untuk masuk rumah tak bagi!!

saya simpulkan disini, kita boleh masuk rumah plak bila fasa 2 dah siap cikgu!.. percayalah!

Anonymous said...

sivalingam karupiah: cikgu!! cikgu!! saya plak!

cikgu: ok kamu pulak siva!

sivalingam karupiah: itu semua tak penting la cikgu... yang penting itu rumah boleh masuk atau tidak..
kalo sudah siap saploh hari, 2 minggu, 1 bulan, rumah tarak buleh masuk apa guna dey!... butut tak kawan??

classmate: kami sokongggg kamu siva....

cikgu:?? (kena tanya pemaju ni)

Anonymous said...

Ha ha..terhibur kejap