09 May 2008
NOTIS PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SURAU FATIMAH AZ-ZAHRA' DESA GEMILANG
Seperti tertera dalam dgemilang@yahoogroups.com
Tarikh: Selasa 6 Mei 2008
Kepada: Penduduk Taman Desa Gemilang
Daripada: Jawatankuasa Pemilihan AJK Surau ("JP")
Assalamu'alaikum wbt
Tuan-tuan/Puan-puan
NOTIS PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SURAU FATIMAH AZ-ZAHRA' DESA GEMILANG
Sebagaimana yang telah diputuskan semasa pembubaran AJK Penaja Surau pada 30hb April 2008 yang lalu, satu jawatankuasa pemilihan telah ditubuhkan bagi menjalankan urusan/proses pemilihan jawantankuasa surau yang baru.
Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa majlis pemilihan & perlantikan AJK Surau Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang akan diadakan pada tarikh & tempat seperti dibawah :
Tarikh: Sabtu 10 Mei 2008
Masa: Selepas Solat Isyak (9.15 malam)
Tempat : Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang
Proses pemilihan & perlantikan adalah seperti lampiran
Besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut bagi memastikan AJK surau yang baru adalah pilihan majoriti penduduk Desa Gemilang.
Dengan ini Tuan/Puan boleh mula memikirkan calon-calon yang berkelayakan.
Sebarang pindaan kepada proses dan tatacara pemilihan & perlantikan akan diumumkan di majlis tersebut (jika ada).
Selamat memilih Ahli AJK Surau Fatimah Az-Zahra' Desa Gemilang yang baru.
Wassalam
Jawatankuasa Pemilihan AJK Surau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam. Mcm dah lama dah tak update blog nih... :)
ehhh saruman?
ko tinggal taman desa gemilang ke??
Post a Comment