22 February 2013

Notis Mesyuarat Agung Khas Pencalonan AJK SFAZ Bagi Sesi 2013-2016



Seperti tertera di dalam dgemilang ygroups e-mail

Assalamualaikum,

Listen!3x

Seperti yang tuan2 dan puan2 maklum, kain rentang tentang pencalonan AJK surau bagi sesi 2013-2016 telahpun dipasang di pintu masuk SFAZ. Dengan itu saya ingin memaklumkan perkara yang sama di yahoogroup ini bahawa Mesyuarat Agong Khas Pencalonan AJK SFAZ bagi sesi 2013-2016 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 3 Mac 2013 (Ahad)
Masa     : Selepas Isya’ (Jam 9.00 malam)
Tempat: Surau dan makanan disediakan (selepas mesyuarat).

Harap tuan2 dan puan2 yang telah mendaftar sebagai ahli kariah dan layak untuk hadir untuk mencalon, dicalon dan mengundi calon. Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli kariah, borang ada di surau.

11 February 2013

AJK Rukun Tetangga

AJK dalam mesyuarat pada 22hb Jan 2013 baru2 ni  AJK Rukun Tetangga Desa Gemilang dah dilantik

Antara nama2 penting yang teman2 penduduk DG kena ingat & kenal dalam team  AJK
- Tg Badreeshah
- Tn Hj Ghaffar
- En Mohd Shahrulnizam
- En Sani Azman
- En Bad

Ayuh kita beri sokongan

PPDG: Mesyuarat Agung sessi 2012/13 pada 17 hb Februari 2013.


As Salam

E-mail dari tuan SU PPDG sedikit masa dulu dalam dgemilang ygroup

Sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas yang lalu, adalah dimaklumkan bahawa Insyaallah PPDG akan mengadakanMesyuarat Agung bagi sesi 2012/13 pada 17 hb Februari 2013.

Bersama-sama ini disertakan Notis Pemberitahuan dan Borang Cadangan Usul bagi tindakan tuan/puan sekalian. Borang Usul bolehlah tuan/puan majukan kepada saya atau mana-mana AJK PPDG selewat-lewatnya 31 Januari 2013 untuk tindakan selanjutnya.

Datanglah beramai-ramai dan saya percaya tuan/puan ada idea-idea bernas yang nak disampaikan dan boleh kita bincang secara bersama