27 April 2005

Peta ke Desa Gemilang

Peta ringkas ke tapak projek Desa Gemilang ini diharapkan boleh difahami secara mudah. Jalan ke sana di terangkan berdasarkan petanda-petanda A, B, C dan D.

Aku harap weblog ini boleh membantu pembeli-pembeli rumah di kawasan Desa Gemilang yang tidak dapat datang untuk meninjau perkembangan terbaru kawasan perumahan ini.

Ramai orang yang menginginkan kawasan perumahan yg mempunyai suasana kampung tetapi dekat dengan ibu kota atau kawasan perniagaan. Desa Gemilang di Kampung Sungai Pusu mempunyai ciri-ciri tersebut. Aku dah beli satu unit. Insya Allah tahun depan ni siap.

Jalan ke Desa Gemilang (DG) di Sg Pusu

Peta ringkas di bawah diharapkan boleh difahami secara mudah. Jalan ke sana di terangkan berdasarkan petanda-petanda A, B, C dan D.

                                  Gambar 1: Peta ke Desa Gemilang di Sg Pusu

Kampung sungai pusu terletak bersebelahan dengan UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Sebenarnya, terdapat 3 cara utk ke DG. Pertama, dengan melalui Jalan Gombak terus ke Jalan Sg. Cincin. Kedua dari arah Batu Caves menghala ke arah MRRII dan dari Ampang melalui MRRII.

Penanda-penanda A, B, C & D ialah untuk jalan dari arah Batu Caves dan Green Wood. Di bawah ini ditunjukkan serba sedikit tentang gambar/ pemandangan dari A ke D sebelum sampai ke kawasan DG.

Gambar-gambar bermula dari kawasan A

Gambar A1: Kita akan melalui kawasan ini (MRRII) jika datang dari Greenwood atau Sentul atau Sri Gombak. Mula-mula, disebelah kiri, terdapat Mc Donald's dan Burger King di stesen-stesen minyak. Ada 4 lorong kenderaan. Ambil lorong yang kiri sekali.

 

Gambar A2: Selepas itu, keluar dari MRRII dan ikut arah ke IIUM.

 

Gambar A3: Selepas dari susur keluar ke kiri tersebut, terdapat dua cabang, yang ke kanan menghala ke Karak Highway dan yang ke kiri menghala ke IIUM. Ambil yang kiri.

 

Gambar A4:  Jalan susur menghala ke IIUM ini selari dgn Karak Highway. Tol Gombak boleh kelihatan di sebelah kanan.

 

Gambar-gambar di kawasan B

Gambar B1:  Selepas itu, kita akan sampai di simpang tiga ke UIA. Ambil lorong kanan.

 

Gambar B2:  Belok ke kanan utk ke DG.

 

Gambar-gambar di kawasan C

Gambar C1: Selepas itu, kita akan ke simpang tiga UIA. Pergi terus.

 

Gambar C2:  Jalan seterusnya akan mengelilingi UIA. Pergi terus sahaja. Jalan ke kanan ialah jalan keluar atau jalan balik ke KL iaitu jalan susur yg akan masuk selepas tol Karak Highway. Dari situ kita boleh ke Ampang, Batu Caves dan Greenwood.

 

Untuk ke DG, pergi terus ke Sg. Pusu.

 

Gambar-gambar di kawasan D

Gambar D1:  Jalan di tepi UIA akan membawa kita ke jalan masuk ke Sg Pusu. Lebih tepat lagi Kg. Sg. Pusu. Disinilah jalan akan menjadi sempit sedikit.

 

Gambar D2:  Dalam beberapa puluh meter selepas itu, kita akan sisambut oleh beberapa papan tanda. Yg di kanan ialah papan-papan tanda Sg Pusu dan UMNO. Yg di kiri ialah project apartment UIA (Pada bulan 12 2004, baru sahaja bermula dgn kerja-kerja tanah).

 

Teruskan perjalanan.

 

Gambar D3:  Selepas sahaja projek apartment UIA.

 

Gambar D4: Jalan menurun ke arah hujung kampung.

 

Gambar D5:  Berhampiran hujung jalan kg Sg Pusu ialah jalan naik ke DG.

 

 
 

No comments: