01 June 2005

The Rocks

Aku tengah fikir-fikir ni macam mana nak buat comparison utk progress supaya nampak 'fair'. Mula-mula kena buat ringkasan table utk progress tu dulu baru boleh ada idea nak cerita utk progress bergambar.

Sekarang ni 'blog' pasal 'batu' dululah. Ada 2 gambar kat bawah ni.

Gambar A diambil pada 28 May '05. Pada bulan lepas, bulan 4, batu masih ada kat situ. Tapi, gambar batu pada bulan lepas tak de. Jadi, ambik shot yg  bulan 3. Gambar B ialah gambar batu yg diambil pada bulan 3 tu lah.

Kalau ikut plan dalam S&P, kawasan tu akan jadi kawasan lapang dan kawasan tadahan. Kawasan tadahan apa ni? Aku pun tak tahu. Nantilah kalau ada masa, aku nak tanya En. Zul. Mengikut kata Pak Guard kat jalan naik ke tapak projek, yg selalu naik selain dari sub-kontraktor ialah En. Zul (sebab nak monitor projek) dan Rosli (sebab bawak potential buyers). Mungkin satu hari, aku boleh ikut mereka sekali.

 

Image hosted by Photobucket.com

Gambar A (Shot dari arah site office pada 28/5/05)

 

Image hosted by Photobucket.com

Gambar B (Shot dari arah hujung blok C ke menghala ke arah site office pada 20/3/05)

 

Konon cerita disebabkan batu ni lah projek jadi lambat.

Kata Zai (sales staff tu), nak letupkan batu, kena ada permit polis. Satu minggu ke dua minggu ke, kena letupkan sekali aje dua aje. Tak boleh letup banyak. Lepas tu nak bawa bahan letupan dari mana tah (batu arang?..lupa dah mana Zai cakap), kena polis 'escort'. Banyak batu, banyak procedure etc. tu yg jadi tertangguh.

Mengikut kata En. Zul, Pengurus Projek tu, batu ni kena diletupkan sebab 'elevation' utk jalan naik kena direndahkan lagi supaya dapat CF. Mulanya, kawasan blok-blok A, B, C, D, E dan F, sama level dgn blok2 yg lain. Tapi, sebab elevation jalan naik terpaksa direndahkan, Blok2 A sampai F tu pun kena direndahkan. Bila direndahkan, kena kawasan batu. Jadi, batu tu kena diletupkanlah. Wallahua'lam.

It's 12.37 a.m.

Nantilah cerita pasal table progress dan gambar2 progress tu. Busy dgn kerja ofis dan kerja part time nih!

Zzzzz

1 comment:

Anonymous said...

Tak jugak. Tapi ramai pembeli ialah staff UIA. Ada juga orang luar.