Progress 12 June 2005
Utk lebih nampak lagi progress, elok kiranya dibandingkan dgn gambar pada bulan April dan Mac 2005. Seperti biasa, lori-lori memang banyak kat atas ni sebab kerja tanah sedang rancak utk Fasa-fasa yg lain seperti Townhouse dan Service Apartment di sebelah Blok G dan Q, Fasa 2 rumah teres di depan Blok I dan P, tangki air dan rumah pangsa kos rendah di sebelah tangki air. Dan dimaklumkan oleh developer yg main con utk fasa tersebut tak sama dgn fasa 1 rumah teres. |
|
Biasanya aku naik site time kat lunch sebab time ni lori tak banyak dan workers tengah makan. Tak de la diaorang rasa macam diperhatikan. But at my own risk lah. Insurance tak cover ni.
Buat masa sekarang, aku nak cover struktur aje dulu utk comparison gambar2 ni. Plastering dan lain-lain akan diceritakan secara sampingan.
Gambar-gambar akan dibahagikan kepada 2 bahagian, (A) dan (B).
(A) ialah utk gambar2 dari blok G sampai T. Dan (B) ialah gambar2 dari blok A sampai F.
Gambar bahagian A terbahagi kpd 5 kumpulan gambar, 1 sampai 5.
Oleh kerana bukit tempat batu longgokan dah rata. Angle utk gambar blok A sampai F dah berubah dari site office pulak. |
(A) Gambar-gambar Blok G sampai T (shot kiri ke kanan dari atas bukit)
Gambar 1a (diambil pada 12/06/05) Tiada apa perubahan sangat pada blok Q dan M. Cuma blok M sedang dibuat formwork utk lantai tingkat 2. Blok Bumbung porch utk Blok J masih dalam progress dan bumbung porch utk Blok G hampir 90% siap.
|
|
Gambar 1b (diambil pada 30/4/05) Hujung bukit kiri sana yg ada jalan tu ialah dimana kerja tanah sedang dijalankan utk Fasa Town House dan Apartment. Pada bulan lepas, blok G dah ada bumbung separuh. Sekarang, dan siap bumbungnya. Blok J pun dah siap bumbungnya. Lepas ni mesti kerja-kerja melepa pulak utk blok-blok G dan J. Blok-blok Q dan M dah 99% siap dinding tingkat bawah. Lepas ni mesti lantai tingkat atas pulak.
|
|
Gambar 1c (diambil pada 20/3/05) |
|
Hujung bukit kiri sana yg ada jalan tu ialah dimana kerja tanah sedang dijalankan utk Fasa Town House dan Apartment. Aku panggil blok2 yg selari dgn bukit sana sebagai kumpulan QaMaJaGa. |
Gambar 2a (diambil pada 12/6/05) Blok R masih lagi dlm keadaan tapak shj macam gambar sebelum ini. Blok N bertambah sikit shj dinding tingkat satu. Blok K nampak banyak perubahan pada dinding tingkat dua (20%). Dan H sedang dipasang berbumbungnya (70%).
|
|
Gambar 2b (diambil pada 30/4/05) Kalau compare dgn bulan March dulu, Banyak jugak perubahan. The pictures speak for themselves.
|
|
Gambar 2c (diambil pada 20/3/05) |
|
Fokus gambar ke arah kanan sedikit dari gambar 1. Ini ialah
kumpulan 'RaNaKaHa'. Fokus gambar ke arah kanan sedikit dari gambar 1. Blok yg paling hampir sekali ialah blok R. Blok R ialah antara 8 Blok yg masih 'berkeadaan tapak' lagi. Pada 16 April, sebulan selepas gambar ini diambil, Encik Zul, Project Manager, mengatakan semua Blok sudah paling kurang pun sedang di'naik'kan dinding tingkat satu. |
Gambar 3a (diambil pada 12/6/05) |
|
Gambar 3b (diambil pada 30/4/05) Fokus gambar ke arah kanan sedikit dari gambar 2. |
|
Ini ialah jalan antara RaNaKaHa dan SOLI (i.e. Blok-blok S, O L dan I). |
Gambar 4a (diambil pada 12/6/05) Blok S sudah banyak progress utk tingkat 2 dan porch. Blok O masih slow progress utk tingkat satu. Dan dinding tingkat 2 sednag didirikan bagi Blok2 L dan I.
|
|
Gambar 4b (diambil pada 30/4/05) Overall, banyak jugak progress dia. Yang paling depan tu ialah Blok S. bulan lepas baru siap lantai.
|
|
Gambar 4c (diambil pada 20/3/05) |
|
Fokus gambar ke arah kanan sedikit dari gambar 4. Yang dah siap satu tingkat itu ialah Blok S. Dibelakangnya blok O, L dan I. So, kumpulan blok2 rumah ni aku panggil SOLI. |
Gambar 5a (diambil pada 12/6/05) Genting blok T dah hampir siap 90%. Dan bagi blok P yg nampak bumbung merah di hujung sana. Pekerja sedang memasang tiles. (Nanti aku upload gambar unit hujung yg dah siap dipasang tile.) |
|
Gambar 5b (diambil pada 30/4/05) Fokus gambar ke arah kanan sedikit dari gambar 4. Hujung sana ialah Blok T (satu tingkat baru) dan Blok P (yg nampak bumbung merah). Yang paling nyata ialah porch blok T dah siap dan dinding tingkat 2 dah siap. Aku rasa seterusnya ialah genting bumbung. Bagi blok P, kerja melepa dalam rumah dan lain2 sedang rancak dijalankan. By the way, masa aku pergi time lunch, semua pekerja aku nampak sedang lepak kat kantin di hujung blok P tu. Ada jugak yg sedang lepak kat rumah@bangsal pekerja.
|
|
Gambar 5c (diambil pada 20/3/05) |
|
Hujung sana ialah Blok T (satu tingkat baru) dan Blok P (yg nampak bumbung merah). | |
(B) Gambar-gambar Blok A sampai F
Sekarang pula gambar-gambar Blok-blok yg kita kan jumpa bila mula-mula sampai kat atas. Oleh kerana kawasan tinggi tempat batu dilonggokkan dah diratakan, aku kena ambik gambar dari site office spy nampak jelas. |
Gambar blok2 A, B, C dan D. Blok2 ni progress dia memang laju.
|
|
Gambar Blok2 E dan F. Masih lagi tapak. | |
OLD PICTURES OF BLOCKS A,B, C, D, E & F. | |
Gambar 6a (diambil pada 30/4/05) |
|
Gambar 6b (diambil pada 20/3/05) |
|
Gambar 6: Yg dinding separuh siap tu ialah blok D. Yang dah siap satu tingkat tu Blok B. | |
|
|
Gambar 7: Fokus gambar ke arah kiri sedikit dari gambar 6. | |
Jalan tanah kat depan Blok B tu aku rasa jalan naik ke tangki air. Mengikut Encik Zul, 'package' tangki air tu di'award'kan. So, kira sedang dibuatlahkan. | |
|
|
Gambar 8a (diambil pada 30/4/05) |
|
Gambar 8b (diambil pada 20/3/05) |
|
Gambar 8: Fokus gambar ke arah kiri sedikit dari gambar 7.Ini ialah Blok A dan C. A yg sana. C yg dekat. | |
|
|
Gambar 9: Fokus gambar ke arah kiri sedikit dari gambar 8. | |
|
|
Gambar 10: Fokus gambar ke arah kiri sedikit dari gambar 9 ini ialah blok-blok E dan F | |
|
|
Gambar 11: Blok E dan F lagi. Hujung kiri blok E dan F tu ialah yg berdekatan hujung Blok G. | |
OK.
Generally, Desa Gemilang ada 20 Blok (A sampai T) dan pada dua minggu lepas:
1-Ada Empat blok yg masih tapak lagi (E,F, R dan N).
2-Blok P (last sekali), dah mula dipasang tiles. Ada satu unit yg dah siap tile semua lantai atas bawah.
3-Empat blok (Blok G,H,J & P) dah siap pasang bumbung merah tu (termasuk blok P).
4-Satu blok dah hampir siap bumbung merah (Blok K).
5-Sembilan blok still progress utk tingkat 2.
6-Dua blok masih progress tingkat 1.
So, saya tak nampak bulan 8 akan siap macam developer kata. Lagipun, Mr Sales kata akhir tahun siap. Main kontraktor pun kata direct kat saya akhir tahun boleh siap. Dari 1 sampai 6 diatas pun, saya yakin bulan 8 baru siap struktur aje. Lagipun, bulan 8 kurang 2 bulan lagi.
Till then, bye bye.
No comments:
Post a Comment