Ok. Sambung balik kisah aku pergi KOMAB hari isnin semalam.
Main contractor kedua.
Mula-mula sekali aku tanya kat dia status projek. Dia kata dah naik bumbung dah beberapa blok. Aku cakap yg aku naik pada hari ahad dan masih lagi 4 blok yg berbumbung. Aku tanya kenapa tak bergerak/ tak de progress selama sebulan ni. Maksud aku struktur rumah tak de berubah sangat melainkan sedikit aje (macam dalam gambar2 yg aku upload tu lah. Dia cakap main con sekarang slow dan kerja memang takkan siap. So, KOMAB dah appoint main con kedua. Basically, kerja sekarang akan dibahagi dua. Separuh main con lama buat. Dan separuh lagi struktur rumah-rumah, main con baru yang buat.
Logiknya, kalau 8 bulan lagi akan siap, bila bahagi dua jadi 4 bulan. So, insya Allah akhir tahun siap.
Tribunal 30 orang
Aku sebenarnya tak nak cerita hal ni kat sini. Tetapi, demi info utk buyers yg selalu dapat info dan status dari aku dan juga demi pengajaran serba sedikit, eloklah aku cerita.
Ni cerita sedih sikit. Mengikut kata staff KOMAB tu, satu hari, Mr Ro**** (salah seorang pembeli) hantar list buyers yg nak bawak hal delay semua ni ke tribunal. Dia bagi lebih kurang 40 nama dan tandatangan kat KOMAB. So, staff KOMAB pun call setiap buyer ni betul ke tidak. Daripada 40 tu, 30 aje yg betul nak teruskan. So, bila pergi bawak kes pergi tribunal, buyers kalah kes ni. Ada buyer(s) ni siap kena bayar tribunal cost lagi sebanyak RM20,000. Deposit RM15K campur RM20K tu. Huh! Hangus RM35K. Aku tak sure yg RM20K tu sorang kena tanggung atau pakat ramai-ramai.
Baru kejap tadi partner panjat naik jalan ke projek call aku, Mr N. Dia kata keluar paper Kosmo pasal buyers yg rasa tertindas tu. Hmm nampak gaya. Kalah kat court tapi nak cuba menang kat public. Kena main politik pulak. Kalau aku pun sure akan rasa tertindas. Letih tu kena tunggu dari Feb 2002.
Anyway, aku dah cerita sebelum ni ini semua ialah purely pasal Contract Law. Takkan lecturer lecturer fakulti law UIA tak terror kot bab-bab law ni. Aku belajar dgn Madam Mahmudah aje. Something is teribly wrong here. Adakah practitioner law lebih pandai dari lecturer law. No comment. Kalau jadi kat aku, memang naya. Semoga geng 30 buyers tu berjaya. Ye lah. duit dah keluar banyak. Lepas tu kena bayar bulan bulan kat bank. Lepas tu ill-advised pulak. Kalau leader 30 orang tu bawak ke tribunal, kena terangkan pros dan kons dia. Jangan buat orang lain dalam group tu rasa dah jatuh ditimpa tangga.
Anyway, aku rasa geram aje dan kesian kat buyer yg tak mendapat info secukupnya pasal kontrak law.....mengikut kata staff KOMAB tu, kontrak utk 30 orang tu dah kena terminate dan rumah pun dah kena jual dah. Ada balance 12 lagi tak jual dari 30 tu.
Aku tanya berapa harga harga jual. Dia cakap RM207,000. Perghhhh. Kalau beli masa soft launch dulu harganya RM150,000. Berapa untung kalau jual nanti (kalau rumah ada kualiti dan siap spt yg dijanjikanlah. Insya Allah
Projek baru sebelah.
Ada satu atau dua projek baru yg developernya orang lain dan tak de kaitan dgn KOMAB baru launch. Kawasan projeknya di hujung sebelah blok P fasa 1. Ini mengikut kata orang KOMAB semalam lah.
Advertisementnya ada kat area Ong Tai Kim.
Share Jalan.
Mengikut katanya lagi. developer (yg tak de kaitan dgn KOMAB atau Capital Lane) yg nak buat apartment kat situ tu kena bayar RM1.4 juta kpd KOMAB sebab nak share jalan dgn KOMAB. So, basically, jalan tu akan jadi jam lah in the future kalau tak de jalan lain.
Sewerage
Gambar sebelah bukit tangki air yg aku ingatkan tapak flat/apartment tu rupa-rupanya struktur tangki najis. Nanti aku uploadkan gambarnya.
Tangki air
Orang KOMAB tu kata, tangki air nak buat kejap aje. Sebulan dua ni siaplah.
Jalan
Orang KOMAB tu kata, main con Fasa 2, Cina tu dah di‘award’kan dgn kontrak buat Jalan tu. Berdasarkan kecekapan Main Con Fasa 2 ni, aku guarantee no problem. Orang KOMAB tu kata yg Cina tu kata, buat jalan ni kejap aje.
Tapi, aku musykil juga. Kalau jalan tar dah siap akhir tahun ni, macam mana lori2 nak turun naik hantar supply utk Fasa townhouse dan apartment? Dia kata lori2 tu nanti takkan merosakkan jalan. Dan, sebab itu utk fasa townhouse dan apartment tu, mereka tengah bertungkus lumus utk buat piling. Sekarang ni ada 2 jentera utk piling. Nanti akan tambah lagi dua.
Completion
At the end, aku tanya pasal completion.
Dia cakap Fasa 1, akhir tahun. Fasa 2, bulan 5 tahun depan (unit rumah tak banyak). Fasa Townhouse dan Apartment, akhir tahun depan. Dan Fasa 3 bungalow lot akan dilancarkan sedikit masa lagi. Fasa 3 ni kat sepanjang Jalan naik ke site.
So, dah panjang berjela-jela ni. Nanti aku dan the geng panjat site akan memberikan info seterusnya. Betulkah Main Con kedua dah start kerja? Nantikan jawapannya paling lambat pun 2 minggu lagi bersama-sama dgn gambar terkini.
No comments:
Post a Comment