Hari ni hari Rabu, 17 Ogos 2005, pukul 3:16 petang. Baru aje hujan turun kejap tadi. Aku harap hujan kejap aje sebab kalau lama-lama, tergendala projek rumah DG utk unit2 yg masih lagi tak ada bumbung.
Hujan akan menyebabkan concrete lambat mengeras. COncrete yg aku maksudkan ini ialah bahagian rumah yg ada steelbar utk tiang rumah dan lantai rumah. Tetapi, mengikut kawan aku yg pernah kerja kat MK, ada bahan kimia yg diguna yg akan mempercepatkan proses pengerasan (simen/concrete)
Sepatutnya sekarang ni dah boleh start dah proses buat bumbung utk blok S dan T. Aku ingatlah diaorang nak siapkan dulu dinding tingkat 1 utk blok R. Lepas tu baru buat serentak lantai tingkat atas utk blok Q dan R. Begitu juga dgn lantai atas blok N dan O dan separuh lagi blok Q. Agaknya diaorang tunggu dah siap dinding tingkat satu blok O dulu. Lepas tu baru buat serentak lantai tu utk blok M, N dan O.
Apa-apa pun aku berdoa semoga tiada lagi halangan.
Amin.
No comments:
Post a Comment