Baru sahaja 2 minggu lepas aku pergi naik ke tapak projek.
Kali ini aku nak lihat samada ada beza ke tidak kalau hujan dgn tak hujan. Memang ada beza dari segi progress. 2 minggu lepas, progress kalau dibandingkan dgn sebulan sebelum tu slow sebab hujan. Tapi, ini hanya progress yg nampak di mata kasar spt memasang dinding dan atap. Benda-benda interior spt memasang tile, pasang tangga, pasang rangka tingkap etc, aku tak berapa perasan. Nanti bila dah siap semua blok sampai bumbung baru aku nak tengok & cerita pasal interior pulak.
Sebelum 2 minggu lepas hujan turun selama 4 minggu. 2 minggu lepas ialah pada 16 July. Selepas itu tak hujan selama 2 minggu sampailah pada 31 July. Bila aku naik site pada 31 July, banyak perubahan fizikal & luaran yg aku nampak. Nanti, aku upload gambar-gambarnya.
Gambar pada 16 July pun belum aku upload lagi sebab dok busy baca Harry Porter. Yg latest 31 July pun tak sempat lagi sebab nak prepare utk interview.
Banyak nak cerita berdasarkan gambar-gambar latest dan berdasarkan perbualan aku dgn Ridzwan, Senior Supervisor kat situ. Aku sempat daki bukit tangki air. Gambar diaorang tengah buat tangki air pun ada. Dari atas bukit tangki air tu boleh nampak lagi banyak area. Nantilah aku upload gambar dan betulkan link gambar ke blog ini.
Till then.
Bye bye
1 comment:
Tkasih atas maklumat progres terkini desa gemilang dlm web blog ni. Saya masih lagi tertunggu-tunggu bila la dpt tengok gambar2 yg sdr nk upload tu. Harap2 dh habis baca harry potter dan selamat dgn interview. Well done for your efforts!
Post a Comment